Saturday 7 June 2014

Entri kahwin bunga rampai bunga manggar

Holla peeps. Kemain hilang macam tengah bercuti di oversea gayanya. Padahal balik rumah je pun. Itu pun kejadahanharaman banyak benda terjadi.
Macam biasa, entri kalau tak membangunkan ummah memang tak sah. Haha.
Spoil gila bila kau tengah salin jawapan dekat Wikipedia pasal parenting style lepas tu kau tetiba teringat lagu Menjemput Bidaari, padahal tak pernah dengar dan TERbukak dekat Youtube sebab TERingat cerita Versus yang berzaman tok kaduk baca haritu.
Lepas tu TERingat lagi yang ayat entah sapa tah kalau nak tahu tetap pendirian ke tak bila ; bila tengok orang lain kahwin lepas tu kau fefeeling nak kahwin. Kahkah. Menyentap qolbun betul -.-
Lepas tu baru rasa lagu tu sweet padahal audio dia berdengung semacam macam duduk dalam gua, maklumlah lagu lama-lama kan.
Tak syiok betul bila tengah study pastu fikir pasal kahwin? Apa kau ingat kahwin tu macam makan yogurt, one shot boleh habis? Senang macam tu? Haha ceramah diri sendiri.
Dan moment tak best gila bila nak blah dari Youtube TERingat lak lagu Black apa tah yang 'jadilah isteri kepada diriku..' blah blah. Sweet oh lagu tuu T~T
Lepas tu ada cerita kawan akak orang kahwin lah pulak, newsfeed pasal kahwin, pasal tunang -,- dah kenapa? Skrol je nampak kek kawen, skrol je nampak bungga manggar. Eh bungga tu patung katak aku. Skrol je nampak baju putih berlace, pelamin blah blah blah. Tapi tak jumpa lagi lah petunjuk arah kat jalan setakat ni orang pos. Kah!
Tapi tapi tapi, sekejap je pun. Dah tak rasa dah. Tak ada dah fefeeling desperado eguando nak cari spouse. *eceh, tak kahwin padan mukos* 
Kawan aku seorang ni bila selalu lah sangat post pasal kahwin, imam lah. Gulung daun dekat jari sambil caption - will receive the real one soon- buat aku fikir asal aku takde rasa macam dia? Haha. Abnormalities aku ftw -..-
Entah benda apa tah lagi. Tapi tapi tapi, biarlah dia. Kot eternal happiness dia tru kahwin lah kot, aku dapat tidurrr sepuaspuasnyaaaa pun kira happy hidup. Kahkahkah. Lifeless gila.
Rasa nak kahwin tu pun sebab dapat pakai baju cantik-cantik lepas tu kad wangi-wangi ada nama kita. Hahaha. Terbantut gila pemikiran tak matang kuasa mega.
Basuh pinggan malas, sapu rumah berkira, cakap dengan mak ayah pun tak ada adab ada hati kau nak kawen oi fara? Haha kbai.
K la k la, ada lah rasa nak kawen masa matrik sebab minat kat sorang ni. Hahahahaha ewww. Tapi lepas tu tak ada dah. Aku paling lama suka kat orang pun kurang sebulan. Jenis tak setia kau nyahh awuuuu.

Aku lagi desperado pikiaq macam mana nak study Anatomy sekarang ni. Tak habis habis nota. Choi betul -_______- CEPATLAHH HABIS FINAL. 8 paper. Satu pun tak start lagi *muntah pelangi*
Dah la macam overdose coffee and caffeine. Lepas tu ayan semacam nak study sebab kadang-kadang pukul 4 pagi baru boleh lelap. Nak study, tak boleh fokus. Hancus betul.
Ke solusi dia adalah kawen? Hahaha. Aku tak nak anak aku pemalas macam mak dia anyway. Buatnya anak aku tak dapat result best dia salahkan genetik malas dari mak dia. Tu pun belum tentu bapak dia jenis rajin study. Aku lah yang kena selamatkan anak-anak aku. Rajin-rajinkan diri untuk study dulu sebelum berkawen ;p *kau merapu apa woi gilaaaaa*

HAHAHAmpeh gila lelaki ni -..- Hamek kau!


No comments:

Post a Comment

Nak pinjam lipstick !