Tuesday 19 August 2014

IC hilang, Kad ATM hilang, macam manaaa?

Shawl ditarik kasar. Dia melepaskan keluhan berat. Izzah menikmati deru pantai yang menenangkan jiwa. Eh? Tetiba. K. Novel sangat. Heww. Aku baru balik dari settlekan hal IC, kad ATM bagai ni. Waka waka eh eh betul.

Kad pengenalan hilang?
Apa yang anda perlu buat? Oh ya! Senang sahaja. Pergi je dekat JPN dan sedia lah membocorkan poket anda *sedang melihat RM150 terbang dengan kepak ayam berperisa barbeku T_T*

Ni rate denda atau kompaun kalau kehilangan kad pengenalan MyKad.




Guess, No money no talk ey, got money okay, we can talk.

Sekejap sahaja settle kan hal IC ni pun. Tapi itu lah, kenapa aku kena sampai dua ratus? Kakakaka. Sebab IC aku dah dua kali hilang! Sobs.
Okay. Yang kali pertama tu sebenarnya tak hilang pon T_T
Itu pun tahu lepas dah siap buat IC baru, baru jumpa IC lama tu. Aku nak PMR sangat masa tu, so kena lah buat IC cepat-cepat, karang tak exam pulak aku kan. Lepas tu baru jumpa elok je dalam almari. Chincauu masam betul! Tapi masa tu bayaran dia RM10 je. Takde harga kompaun beratus-ratus ni. Murah masa tu, sekarang aku yang merana.
Anyway, memang kalau lima kali hilang dia akan buat siasatan, in case ada duk jual ic ke apa ke kan, tapi kalau macam OKU tu ke apa, dia kata boleh consider. Lu perli wa ke apa? Hahahaha.

"Eh, hilang kali kedua?"

Aku angguk perlahan.
Haha. Buat muka sedih pulak dah. Okay, tak sedih pun. Bayar je la kan, nak bising sesedih buat apa. Koff koff. Bapak aku bayar sebenarnya. Hahaha. K. Salah aku jugak dan salah orang yang mengambil jugak. Konghaja punya orang yang amik purse aku T_T Siap lah kau nanti, mohon cari aku dekat padang Mahsyar. Wuwuwu. IC ada alamat rumah kot, kalau betul lah jujur, pulangkan lahh. Amik je la duit dalam tu.

Okay. Tapi walaupun aku patutnya kena bayar RM210 ( denda + permohonan ) , tapi sebagai student yang berwibawa, aku dapat lah potongan 30%. Pun boleeeeeeeeh laaaaah. RM60 tu berharga tahuu. Tunjuk je matric card anda itu. Kalau bukan student, kena bayar full kot.



Okay. Ini dokumen sementara. Macam pendatang asing dah dokumen besar cenggini. Wkwkwkwk. Esok siapppp.




Ayah guwa pun tukar IC baru tadi. Tapi RM10 sahaja.


Lepas pergi JPN, pergi bank rakyat pulak. Baru terkedek nak block kad dekat kaunter. Padan muka. Patutnya lama haritu dah aku kena block kad ni tapi disebabkan baki kad pun ada berapa je kan, so rasa macam hmmm hmmm tak payah lah. Hahaha. Lagipun aku selalu je tengok online banking aku punya baki lepas kad hilang, tak ada yang berubah pun. Aku yang menghabiskan duit beli barang online adalah. Haha. Orang nak hack aku punya kad pun sia-sia dia je perah otak sebab baki pun nan hado.

Kalau hilang kad ATM macam mana? 


Pergi je bank rakyat atau bank korang. Atau call je hotline dia untuk report. Tapi macam aku, aku memang nak blok dekat kaunter je. Then, kena isi borang dulu. Lepas tu bagitahu je dia kad hilang. Dia mintak IC tadi. Lepas tu, aku terpaksa bagi dokumen sementara ni aje. Sebab ayah aku dah cuti harini so macam kalau nak tunggu esok payah lak kan. IC pun sah aku kena amik petang esok. Nanti takut tak settle lagi susah. Dia macam tak nak kasi lepas je sebab tak ada IC asal, tapi sebab aku cun, haha tetiba tak ada kaitan, dia lepas kan je lah. Aku dah siap fotostat dokumen sementara dengan surat beranak dah, kot lah dia nak dokumen sokongan ke apa kan. Tapi dia nak IC je pun. Atau dalam kes aku dokumen sementara yang asal. Okay siapppp! Dapat kad baru. Mwehehe. Oh anyway, RM8 will deducted from your account.

It's all about money money money~


---

Selingan; 

 Tiga kedai aku cari tailor yang boleh buat kebaya kimono untuk interaction day nanti. Kalau kain tak sepesen untuk satu course, dah lama aku beli online sahaja T_T
Semua pandai jahit baju kurung sahaja. Tunjuk gambar pun tak reti jugak. Lepas tu aku jumpa lah satu kedai aunty Cina ni, okay dekat Temerloh ni kedai tailor memang Chinese belaka ya. Dia je nak amik. Lepas tu dah lah macam tak customer friendly, aku ppuk sekali karang tahu lah. Lantak lah kan. Cakap kain tak sesuai lah apa lah, hek eleh. Relax ah. Aku yang pakai. Kahkah. Lagi pun mulut cam nak tak nak je kan cakap, aku konpius la dia ni reti ke idok cakap bahasa Melayu, kang aku cakap omputih kang kejam pulak rasanya. Eh. Emo. Kahkah. Padahal okay je pun. Tak kisah lah. RM90 laaagi melayang untuk benda yang aku rasa agak err sia-sia. Ini memang guna duit aku hokkayyy.
Aku redha je nak suruh ibu jahit, tapi dia tak pandai. Hek ena. Dulu pandai je. Wkwkwkw. 

Konklusinya, belajar lah menjahit weh. Senang! Dan golongan muda-mudi yang sedang belajar menjahit/fashion ni, mohon lah belajar menjahit baju yang fashion terkini. Bukak kedai molek-molek, pandai jahit baju yang memacam senang sikit orang macam aku yang banyak kerenah ni. Hahaha. Iols demand kayy. Duit aku suka hati lah kan. LOL.

Dan belajar lah menjahit weh faraa! Toksah nak harapkan orang. Tapi..tapii... haha.

Aku still rasa mahal. RM90 upah + RM30 kain = RM120 ! T_T
Nasib baik puas survey kedai masa cari kain haritu. Kalau cecah limanamploh untuk baju interaction day tak berbaloi rasanya. Untuk aku lah. 


Lepas tu belanja perut dengan roti sardin dekat mamak. Hahaha.



* ek eh, ajet ajett zill faezrul ke ayoh? Hahaahha*
    



Dah. Jom lah kita tidur. Hahahaha. 



9 comments:

  1. Bila blh dpt jika buat kad atm baru after hilang tu..??

    ReplyDelete
  2. Nak tahu lah... Memang sekarang Dia mintak documents sokogan ke..

    ReplyDelete
  3. Soo..Kad bank aku hilang kan..Lama dah hilang..Aku tak ingat bro..Skrg aku nak kerja baru aku sedar..Cari mcm org gila..Skrg ni aku nak tahu..Kalau kad bank aku hilang..entah bila..Macam mane eh..Nak report mcm biase lah kan?? Cakap bank lama dah hilang??

    ReplyDelete
  4. masalah saya ic buat baru, pastu ni urgent nak bukak acc bank. boleh ke guna dokumen sementara utk bukak acc bank ?

    ReplyDelete
  5. Bleh kew pakai ic sementara untuk buka acc

    ReplyDelete
  6. Nasib terang kut. Hari aq puak nak gi ambik kad. Pakai documented sementara. Heheheh takut pulak. Kalau x dapat buka macam mana ye. KENA PERGI BRAMCH KE ATAU MEMANG KENA TUNGGU 6 BULAN DAPATKAN IC HEHEH. TAKUT LAKKK

    ReplyDelete
  7. Kenapa ada carian mahkamah tu saya tak hado

    ReplyDelete

Nak pinjam lipstick !