Sunday 17 August 2014

Yayasan Bank Rakyat - Proses, cara-cara dan langkah-langkah **UPDATED**

Okay dah, straight to the point. Ada orang message aku dekat FB pasal pinjaman yayasan bank rakyat ni.
Aku pun terkejut sebab batch kali ni, procedure dia agak susah sikit. So, aku nak mintak maaf sebab previous entry aku pasal yayasan bank rakyat punya procedure tu agak lama sedikit. Procedure yang diguna pakai up until last year je rupanya. Ye lah, aku pun pemohon tahun lepas kan, macam mana aku nak tahu untuk tahun ni.

So basically, apa yang aku nak highlight ada sikit perubahan according to aku punya conversation dengan budak ni. Anyway, thanks sebab cari akak dan baru akak tahu pasal perubahan tu.

Kalau macam dulu, kami just isi online dan tunggu keputusan. Untuk permohonan batch ni, borang perlu dipos dengan segala detail ni. Credit jugak untuk penanya untuk borang ni.



Apa beza dia dengan batch lepas?


1. Borang yang dah diisi perlu dipos ( rujuk no. 2 ) - dulu tak payah pun. Semua bergantung kepada E-Borang semata. Dan of course list di atas tak ada untuk permohonan lepas. List-list di atas hanya untuk permohonan yang sudah diluluskan.

2. Surat pengesahan ( rujuk no. 7 ) - Terutama untuk bakal pelajar tahun satu. Cerita dia macam ni, kalau untuk batch lepas. Surat ni hanya diminta sekiranya kita dah dapat tawaran untuk memohon. Surat ni perlu disertakan dengan borang-borang perjanjian segala. Tapi berbeza dengan batch ni, surat ni kena bagi sebelum dapat tahu status permohonan dan masuk universiti lagi.Masa aku dulu, aku memang meminjam PTPTN, so aku simply pergi HEP dan minta dekat HEP untuk surat ni. HEP akan keluarkan surat yang aku pernah meminjam.

Masalah dia sekarang ni apa?

Since tarikh tutup permohonan YBR, awal bulan Oktober, aku tak rasa PTPTN dah settle masa tu. Tetapi, dalam beberapa minggu selepas pendaftaran universiti, atau orientasi, permohonan PTPTN sudah pun diproses dan dah dapat tahu kita layak meminjam atau pun tidak. Jadi, lepas orientasi cepat-cepat pergi HEP mintak surat pengesahan pinjaman. Aku cuba cari surat pinjaman PTPTN aku dulu untuk pastikan tarikh, tapi aku tak jumpa.

Well tak ada masalah sangat pun sebenarnya.

-- Edited :




- Surat ni bertarikh 23/9/2014. Maksudnya, kalau masih dikekalkan tarikh ni, sempat untuk pemohon batch ni tahu status meminjam atau pun tidak.

So, ikut logik akal aku. Mintak surat pengesahan yang menyatakan ;

1. Pernah meminjam/mempunyai penaja sekiranya terlibat dengan PTPTN/pinjaman lain atau ;

2. Tidak pernah meminjam/tidak mempunyai penaja sekiranya tidak memohon PTPTN/pinjaman lain

Mintak surat pengesahan yang betul. Sebab masa aku dulu, ada kawan yang tak lepas proses borang YBR dia sebab U dia keluarkan status aktif/tidak aktif sahaja. Padahal, YBR mintak status pinjaman, bukan status pelajar dalam universiti.

3. Keanggotaan ( Rujuk no. 9 ), pengesahan ni tak wujud pun untuk batch lepas. Aku tak sure keanggotaan yang macam mana, sama ada pemegang akaun atau pun tidak. Sebab ya, syarat untuk memohon YBR adalah dengan menjadi pemegang akaun ( dengan baki tertentu di dalam akaun, setakat syarat batch lepas ) Keanggotaan yang ada pun masa batch lepas - ibu-bapa. Aku key in IC ibu dengan ayah, memang nombor keanggotaan akan automatik keluar. So, aku tak pasti keanggotaan untuk pemohon atau ibu-bapa pemohon. Maaf lah, kurang informasi.

Cakap pasal susah sikit nak isi ni, aku teringat talk masa induksi haritu. Memang dia ada mention yang batch kali ni, penilaian dia lebih tegas dengan guna sistem merit.
Let say, ( ini contoh aku, pengiraan yang sebenar aku tak pasti, tapi ikut kefahaman aku lebih kurang begini lah ) ;

- Pointer 3.00 - 3.49 ( satu mata )
- Pointer 3.50 - 3.99 ( dua mata )
- Gaji parent < RM 3k ( dua mata )
- Gaji parent > RM 3k ( satu mata )
- Anggota ( dua mata )
- Bukan anggota ( satu mata )

Contoh sahaja. Syarat-syarat untuk merit dan dimerit tu aku tak pasti. Tapi yang aku rasa, ada kaitan antara list-list yang dia minta dengan pembahagian merit.

4. Untuk pengesahan pegawai Gred A ( gred atas 41 kalau tak silap ) tu, kalau tak sempat settlekan borang dirumah, bila dah daftar U nanti, lepas kuliah dah bermula, boleh jumpa dengan Penasihat Akademik masing-masing untuk dapatkan tandatangan. Or simply mana-mana lecturer kos anda atas budi bicara dia untuk tolong atau tidak. Paling senang PA anda lah.

Anyway all the best :)

-- Again. Boleh buzz aku dekat fb/twitter/komen kalau ada apa-apa soalan. Setakat yang aku boleh bantu, aku bantu.

Username : Faraa Miina/FaraaMiina


Previous entry pasal YBR. Mungkin ada yang sama.  >> SINI <<

p/s : Nampak tak aku baru habis baca buku. Hahahahaha. K.

20 comments:

  1. Assalamualaikum sis, saya nak tanya surat pengesahan tiada penaja dari pihak universiti tu still kena provide ke even belum mula pengajian ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta kat hep after masuk uni. Jika salinan dokumen/sijil tidak dihantar, permohonan tidak akan diproses

      Delete
  2. Assalam, sy nak tanya.. dekat e-borang tu ada bahagian tindakan cawangan/jabatan/yayasan bank rakyat" kan. selepas bahagian pengakuan tu. saya perlu memberikan kepada pegawai bank rakyat berdekatan tempat tinggal saya atau bahagian ini akan diisi oleh pihak yang menguruskan permohonan PPBU ini? thanks in advance for the those yg respon.:)

    -dija-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambaaaat T.T incase kalau tak settle lagi, haritu saya mintak random staff aje. Kebetulan ada kawan ayah yang kerja dekat bank tu tp tak ada kaitan dengan pbbu ybr pun since dia kat bank while ybr like diff thing. Lepas aje. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum. Saya dpt ppbu ni, and then, saya perlu pergi pejabat ptptn dlu untuk berhentikan tajaan atau minta surat akuan penaja drpd hep ? Yang mna saya perlu lakukan dlu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat dua-dua. tak kisah mana dulu sebenarnya :) kalau sy prefer hep dulu sbb urusan dalam kampus

      Delete
  4. pinjaman ni ad sesi interview x?

    ReplyDelete
  5. kak, semua salinan dokumen yg dia minta muat naik, suma kene buat pengesahan ke? ataupun upload mcm tu je

    ReplyDelete
  6. Tumpang tanya, slip deposit wang akaun bank rakyat ni apa ???

    ReplyDelete
  7. Pergi kat bank rakyat minta slip deposit wang akaun tu. Make sure dlm akaun ada atleast rm100

    ReplyDelete
  8. Kak, kalo kita scan and upload document yg asal bole ke tak?

    ReplyDelete
  9. salam and hi, saya nak tanya, macam mana awak isi semua borang2 ybr tu once kita dah dapat pinjaman dari yayasan tu, kena isi sekali dengan wakil bank rakyat atau kita isi sendiri lepastu post sbb ada satu borang dia minta tanda tangan depan wakil dia, so a bit confuse

    ReplyDelete
  10. Nak tanye. Mcm mane nak upload reresu exam dalam ybr ?

    ReplyDelete
  11. Salam nak tanya, dekat bahagian full transkrip tu, kalau kita bagi mini transkrip sahaja boleh kea?

    ReplyDelete

Nak pinjam lipstick !