Wednesday 13 August 2014

USM Kampus Kesihatan. Tour around dan Orientasi !

Hola olss. Okay result upu, result usm dan seangkatannya dah keluar kan semalam? Hamboi. Eksaited na hampaa. Hahah. Okay okay kasi chan lah korang nak eksaited sebentar sebelum rasa hambarnya kehidupan seperti menghafal ;

ini :



yes ini ! korang yang budak kampus kesihatan usm tu jangan mimpi lah nak lari daripada benda ni! Hahaha. Selamat beranatomi dan berfisiologi. Aku rasa dah lepas hazabb gila naik second year, tak mau dah anatomi ni. Haha. K.

Tak tahu lah nak cerita apa dan motif entry ni. Huahua. Aku nak cerita pengalaman je lah eh. So kepada outsider macam aku yang bukan berasal dari Kelantan ni jangan lah rasa Kelantan tu hambar lagi tak maju lagi tak urban. Eheh. Okay je pun. Wayang je lah tak ada tapinya, tapi lek lu. Seoul Garden ada, Sushi King ada, FOS ada, KB Mall ada haha. Kemenangan paling epik sebenarnya bila berjaya mengcopy cerita baru dan menonton di dalam bilik. kahkah. Okay, tak sangat. Tapi dengar ceritanya on the way dah wayang tu. GSC, TGV belaka ada. haha. Ini aku buat cerita.

Jom tour around kampus kesihatan ni kejap. Kampus ni kira macam centre of gravity lah. Huahua. Macam boleh jadi centre lah jugak, dekat depan ada Mydin, okay tak de la gah sangat pun kan, aku tahu, aku tahu tapi boleh lah. Lama jugak kalau kitorang duk menyopping dekat mydin tu. Beli baju tidur pun murah ape. Haha. Sebelah Mydin kalau jalan kaki sikit ada Jakel, ada butik Fareeda, ada butik Ariani, ada Nirwana. Nirwana ni ada Pacific kot atas dia? Haa. Okay lah tu kan. Dalam Nirwana ada CoolBlog, Bawah Nirwana ada Secret Recipe. On the way nak pergi Mydin tu dari USM boleh jumpa Tutti Fruitti. Senang cerita, habis jugak lah duit. Kahkah. Budak Nurani lagi dekat nak keluar ke tempat-tempat ni sempat Nurani blok paling depan. Kira untung la daripada kitorang yang Murni ni. Tapi, jalan kaki pun boleh aja daripada Murni nak bershopping tu. Kira kalau kau dapat Desasiwa Murni kau nak gi kelas lima minit sebelum pun beres lah, tapi kena pecut sikit lah. Haha. Kalau kau dapat Nurani tu dalam 20 minit jugak lah kot kalau lalu laluan hospital tu. Kira win-win situation, budak Nurani kalau nak ke kelas jauh, kalau nak keluar dekat, budak Murni kalau nak keluar jauh, kalau nak pergi kelas dekat. Haa. Hari Isnin ada Pasar Malam area Ayamas, hari Jumaat ada pasar malam area Nirwana. Kekeke. Kadang-kadang berlapar je sampai petang hari Jumaat tu sebab cafe tutup awal hari Jumaat. Ye lah, Kelantan kan cuti Jumaat. Aku dulu puas gak nak biasakan diri dengan weekend yang tetiba lain ni. Haha. Selalu sangat kol mak aku hari Ahad pelik apasal dia tak kerja. Rofl.
Dan kalau nak ke KB tu tak jauh pun. Around 20 minit je pun. Kalau pasal kereta, servis kereta sewa banyak ya amat.

Aku budak Murni. Desasiswa Murni. So kalau nak bagi overview bilik pun tak pandai lah nak cerita. Dulu ada je gambar bilik kalau nak kongsi, tapi phone aku buat hal haritu lesap dah lah segala-galanya. Haha. Lagipun gambar-gambar orientasi semua dalam phone lagi satu, phone lagi satu tu aku dah kasi orang lain pinjam. Haha.




Bhahaha. Gigih melukih! Lebih kurang macam ni lah. Memang seriously ruang tengah tu je the only ruang yang ada ! Ini pun lepas kitorang susun-susun sikit lah, tak banyak benda dalam bilik tu. Aku DM3. Tolong alert, jangan expect bilik besar gabak macam bilik kau dekat rumah tu yer, memang bilik agak sempit sikit tapi tak lah sangat. Haha. Buat kenduri mee segera boleh lagi kot sambil letak periuk nasi dekat tengah-tengah tu. Ini seriyus ! Haha.

Kalau macam pembahagian bilik. Kalau Murni lah ;

Satu bilik ada tiga orang. Ini untuk bilik tiga orang. Since first year memang akan duduk bilik triple pun.
Dua orang junior, yang akan tidur kat katil double decker tu, dan seorang senior yang akan duduk dekat katil single.

Kalau Nurani. Setahu aku. Satu bilik empat orang. Dua katil double decker. Empat-empat junior, first year. Entah lah. Tak tahu sangat. Bertandang ke bilik-bilik Nurani ni pun 2-3 kali je baru.



Haa gini lah lebih kurang. Haha. Nurani ni dia memanjang sikit lah. Tak sure bilik dekat blok Nurani lain macam mana.
Beza dia Murni dengan Nurani ni of course lah ada kan. Murni ni lama punya blok, Nurani ni baru. Ada lah fefeeling duk dekat Uni sikit kan.
Tandas blok Nurani ni dekat luar means, dua bilik ada satu tandas. Dekat depan bilik. Haha. Tak tahu ah nak terang. Tapi kalau macam Murni dia macam zaman-zaman Matriks sikit lah. Dekat penghujung wing ada tandas. Tapi fret not! Tak pernah lagi aku berebut tandas/bilik mandi. hahaha.
Bilik pun dah ditetapkan so toksah lah demand memacam yer kepada yang bakal masuk tu. Be flexible. Orang campak mana pun, hidup je lah. Stop complaining ! Ngee.

[Spoiler] -

 Kalau kau jenis orang yang nak kejutan dan rasa feeling baru bila masuk U, tak yah baca dah bawah-bawah ni. Haha. Aku cerita je. Korang tak syok bila masuk, tanggung ah sendiri. Haha.

Kalau cerita pasal orientasi pulak. Tak ada pun sangat untuk minggu orientasi tu. Ceramaaaaah je dari pagi sampai malam ! Toksah kira ah berapa kali aku tersengguk tertidur! Macam biasa, prank bila nak habis orientasi, where they put you into no-sleep till 1-2am to prank you, marah-marah padahal nak sambut birthday. Well, expect apa kan? Dari zaman matriks dah macam tu. *flips shawl*
Minggu Siswa Lestari - minggu sangat pasif, korang just duduuuuuuuk je menadah telinga. Tak ada aktiviti outdoor langsung ! Duduk dalam dewan ada aircond. Kah. Jangan expect lah tak ada orang pegang phone kan online kan zaman sekarang ni. Sangat rude to be honest tapi tangan tu gataiii sangat kan. Haha. Tapi kau duduk dalam dewan tu sampai tak lalu nak online dah. Muak jadinya.
Dan row call! Aku paling benci benda ni! Hahaha. Ah tak kisah dari zaman purba apa entah. Bunyi siren dan kena marahh bila turun lambat. Kahkahkah.

Orientasi ni lah bila kau first time akan jumpa budak kos kau nanti. Masa tu kau baru lah kenal muka-muka yang jadi rakan seperjuangan ( mampuss punya cheesy ) yang loya dah empat tahun kedepan akan jumpa. Hahaha. Masa tu lah baru tahu rupanya ada 17 saja budak audiologi yang wujud untuk batch 13/14. Dan make sure masa tu korang settle kan semua dokumen tahu ? Medical checkup semuanyaaaaa. Bila aku cakap semuanyaa means tak ada satu pun yang tertinggal hokay? Photostat lebih segala dokumen tu! Sebab sangat lah leceh untuk kau pergi kiosk nak photostat dokumen sebab kadang-kadang tetiba je dia nak dan kau tak ada copy dia dah. Jangan penat kan diri kau yang dah penat sepanjang minggu tu. Sebab kadang-kadang, bila tak cukup dokumen, payah lahh. Ada je yang tak settle X-ray semua tu kena panggil nama dengan PPSL ( fasi ) untuk appointment checkup lah pulak. Kan ke penat tu. Hee.

Orientasi start Isnin-Jumaat kot? Ke tak ? Aku tak ingat ah minggu siswa lestari ni berapa hari, haritu.  Jumaat rasanya. Geng-geng USM KLE ni pun rasanya dah bertolak pergi India. Petang Jumaat tu geng medik, dental, dengan dip nursing dah kena pergi Pimpin Siswa. . Hojyeahh. Apa pulak Pimpin Siswa ni? Nanti gua cerita next entry. Berpinar dah mata tengok tulisan jee merata.



No comments:

Post a Comment

Nak pinjam lipstick !