Friday 15 August 2014

Yayasan Bank Rakyat - Proses, cara-cara, langkah-langkah dan cerita beliau. Haha.

*Hamboi tajuk tak leh panjang lagi ke. Haha.

Ah ha ! Hadek-hadek, hakak-hakak, habang-habang. Berita baik! Berita baik. Ya ! Permohonan Yayasan Bank Rakyat sesi 2014/2015 telah dibuka ! Selaku salah seorang penerima Yayasan Bank Rakyat rajin pulak lah kan aku nak promot. Huahua. Tak nak pinjam PTPTN ? Bank Rakyat kan hado! Hahaha. K.

Maaflah. Saya tak reti berformal ketika menulis di blog T_T


Yay ! Nay ! Gigih tahu aku mengakses website yayasan bank rakyat demi rakyat sejagat. Haha. Isi oi isi ! Isi cepat ! Dua bulan je tu tarikh bukanya. 1/8/2014- 1/10/2014 . Bukan susah pun isi borang. Online. Takyah letak air liur dekat setem pastu gi post dekat pejabat pos pun. Ceritanya aku teringat ni pun sebab aku teringat yang bank rakyat tak reply lagi email aku pasal result. Sobs. Mati lah guwa kalau dia terlepas pandang. Miskin aku sekejap kalau macam tu. Huahua. Sebab masa aku pergi induksi haritu beliau kata setiap email result akan dibalas, baru duit masuk tanda dorang dah rekod result kita lah. Gitu lah lebih kurang. Lagipun makin lambat uni kau release result, makin lambat laaah duit nak masuk. Hahaha. USM ni kira tetengah la result dia, tak cepat, tak lambat. Provisional keluar dua minggu lepas exam, result betul keluar bebetul sebulan lepas exam.
Ye ah. Ikut pointer kannn duit masuk ke tak masuk. 
Aku cerita sekejap lagi kay pasal ni. 
Ada je instinct pasal duit ni, aku bukak lah email.


Hahahaha yeayyy ! 3-4 minggu pon boleh laaaahh YBR ! Asal encik jangan biarkan saya papa kedana lama sangat bila masuk sem baru. Wahaha. Gembira rasa hati, rasa sayang, sayang hey ! 

Aku pun kelabu asap lah sikit weh nak meningat prosedur pinjaman boleh ubah bank rakyat ni. Lupa sikit. Sebab dia punya proses antara satu ke satu proses tu makan masa lama. Macam PTPTN kan, kau settle satu borang gedebuk satu set tu. Ttup. Siap. Duit masuk. Haa. Gitu, tapi kalau pinjaman boleh ubah bank rakyat ni ni banyak amat proses dia. 

First, kita daftar dulu akaun dekat website bank rakyat. Senang nak keep track lah kalau ada akaun ni. Maklumat boleh tukar lagi semua. Baca syarat-syarat dia tu. Tapi kalau tak lepas pun, try je. Peduli hapa. Haha. Aku memula malas isi sebab dia ada syarat ; untuk pelajar miskin. Kalau syarat tu ada, memang aku malas ah nak mintak, bukan sebab aku kaya tapi kalau setiap benda ada syarat tu mesti aku tak lepas. Yayasan Pahang pun aku tak lepas. Eleh, gaji mak bapak besar dalam slip je bang. Kami cukup-cukup makan je bang. Hutang banyak jugak! huahua. k. Tapi aku try je, masa pergi induksi haritu bukan susah pun semua orang. Pakai Alphard pun hado parentnya. Wait. Adakah aku tengah judge kekayaan orang dengan kereta yang dia pakai? Okay. Cetek sungguh pemikiran tetiba. Tapi ini seriyus. Yang penting cuba hokay.

Second. Isi borang. Wait. Aku rasa aku simpan screencap masa aku isi borang. Haha. LOL. Pelik pulak sebab aku banyak sangat simpan benda macam ni. Alah, itu pun berkisah sebenarnya. It was hard hokayy nak completekan satu borang tu! Entah apa kena entah. Cerita segala disaster tu pun mula sebab masa aku isi borang ni, dekat nama someone tu ada tanda '. Ala macam arab-arab sikit tu. Sampai dua laptop aku guna nak isi satu borang. Kot lah laptop aku problem kan. After berpuluh kali try, berjaya jugak sebab aku fed-up habis, aku kasi delete ja itu tanda. Haha. Devil betul!



Ini masa aku isi dulu. Aku pun tak pasti sangat part yang permohonan hanya dibuka untuk tahun 1 tu aje sebab haritu Song ada call bank rakyat dia kata boleh aje dah masuk second year pun nak apply. Aku ada tanya gak staff lain haritu, dia kata pun boleh je apply bila-bila masa bila permohonan dah dibuka. Permohonan pun dibuka untuk master/phd tau. Rugi, seriyus rugi kalau tak mau try isi bank rakyat ni. Bank Rakyat, Bank Komuniti Anda. Haha. Ecey cey cey. Macam dalam berita. Haha.


Third. Okay. Jika permohonan anda diluluskan, anda kena menjawab test. Ya, test! Huahua. Test ni dia ada pembahagian dia, ada beberapa kategori. Contoh ; A - Pasal Bank Rakyat B - English C- Mathematic D - Science E - Logical / Creative thinking. Eh, ye ye je aku punya kategori ! Hahaha. Lebih kurang lah. Tak ingat lah wei. Aku duk godek email tak jumpa pulak, dah delete kot. Maybe masa aku kemas-kemas email tu haa aku dah delete. Ye lah, dah dapat ye dok. Kalau tak dapat, berkurun lagi kot aku simpan. haha. Tapi lebih kurang lah. Dalam 40 soalan kot 30 minute ? Test ni sekali je tahu. On or off. Kalau tercancel tu jawabnya air mata menjejes la jadinya haha. Make sure laju yer internet connection anda. Aku pun buat bila dah masuk USM jawab test ni, streamyx ni kenkadang problem. Tak pasal pulak jadinya karang. 
Masa jawab ni please ajak ramai-ramai. haha. Tak terkejar kot. Aku jawab haritu pun dengan bantuan Kak Pade dengan Ikah. Haha. Tak senonoh betul jawab tetengah orang nak maghrib dah time tu. Mahu cuak tengok countdown dekat tepi tu. Soalan matematik dia lebih kurang macam form 3 form 5 gitu lah. Ada index semua, tapi tak ada lah sampai integration bagai. English pun basic aje macam grammar semua tu. Pasal Bank Rakyat tu tough la, yang itu kami duk google laju-laju. haha. Tu aku cakap, internet kena laju selain daripada kena jawab soalan tu, senang nak google. Terhutang budi betul lah aku especially dekat Ikah, Kak Pade pun. Kahkah. Sila lap air mata Ikah. Aku tahu hang terharu. Hang pon kaya jugak dapat JPA. Muahahahaha.

Gap masa dia lebih kurang masa aku isi borang ni dalam hujung bulan lapan cenggitu, keputusan dia keluar lepas sebulan macam tu lah rasanya. Dan tempoh tu jugak kena jawab test dia. Senang cerita, keputusan dia dalam sebulan dua lepas masuk USM, jawab test tu antara sebulan dua tu dan mid sem break. Sebab aku jawab test tu masa dah balik USM daripada cuti mid sem dekat rumah. Tak pe, YBR akan selalu hantar email. Yang penting, selalu check email okay? :)

Fourth. Biasanya lepas dah jawab test tu, dapat je kot? Aku pun tak pasti. Rasanya test tu sebagai ujian saringan je kot. Masa aku haritu, keputusan dapat atau tak tu dalam bulan 12. Lebih kurang 20-21 Disember 2013 macam tu lah. Nanti YBR akan hantar email pasal pemberitahuan permohonan dan email pasal borang akan menyusul seminggu macam tu lebih kurang ( 26/12/2013)
Kalau google blog lain pun ada je info pasal ni, tapi sejak tahun lepas YBR dia ada tukar sikit dia punya syarat. Kejap. Nak korek balik borang lama. Haha.


Tapi yang ni yang sekarang. Masa first borang, YBR hantar syarat macam ni jugak. Tapi dalam seminggu tu dia hantar email pasal ralat. Aku ingat kan hape lah kan. Rupanya ada sikit pertukaran syarat dalam borang perjanjian. Dah kena print baru. haha. satu page tu aje lah tapinya. haha.




Pointer aje naik sikit. Huahua. 

Itu untuk degree lah. Kalau untuk peringkat lain macam ni pulak ;




Lepas dah settle semua ni, hantar borang. Kena settle dalam sebulan je. Aku pun kalut jugak lah time tu, sebab masa tu memang tengah study week. Tapi masa ni memang semua tengah kalut dengan borang pun. Budak JPA pun tengah isi borang dengan settle kan borang dorang jugak. Itu pun parent aku datang Kelantan masa study week sebab nak settlekan hal PTPTN. Oh ya, aku sempat pinjam PTPTN satu sem tapi itu lah, 1k je wok aku dapat. Mana cukup ! Yuran pun dah 1.2k lebih, mintak sponsor mama papa tu boleeeh tapi ye la, segan je nak minta duit tetiap minggu/bulan. JPA wa tak lepas, sebab tu amik YBR. Kah! Haha. 

Borang boleh dihantar pos dan ke pejabat dia sendiri. Alamat rujuk atas. Kikiki. Aku haritu pergi je ofis dia. Senang. Tragedi jugak lepas tu. Aku hantar borang, memang dah buat double triple cek. Sekali lepas balik tu aku pergi shopping. Kah. Tengok banyak pulak missed call dia. Cakap gambar aku hilang. Ya Ampun, aku dah cek banyak kali dah. Sedih wa, aku rasa tercicir dekat dalam ofis kot, sebab dorang kumpul borang satu bilik, seriyus bapak banyak borang! Berpinar mata ! Hahaha. Salute dekat staff ! :D aku sedih bukan apa, sedih sebab sian la gambar i kalau jatuh atas lantai, muka cung melecung dah. haha. tak de issue pun gambar tu, aku balik rumah, aku post balik guna poslaju. Settle. Thihi.

Lepas tu tunggu aje lah duit masuk. Okay. Ini merana hokayyy. Kau pergi induksi 14 Februari, dengan harapan balik tu ada lah duit masuk. Haha. Duit masuk 4 May T__T Lama oh miskin. Dah la sem dua aku memang aku dah potong PTPTN. 

Aku borak-borak dengan budak Uitm haritu rasanya dorang dapat sikit daripada kitorang, sorry tak sure berapa. Masa nak isi YBR haritu dia ada cakap dekat borang tapi aku tak ingat, sebab aku bukan pelajar uitm pun nak masukkan benda tu dalam kepala. kehkeh.

So, dapat berapa? Muauahaha.

Alhamdulillah. RM4750 satu sem // gatal tangan huahua. 
Kira setahun dapat RM9500 lah. Aku tak sure ikut Universiti ke gano eh. Tapi sama je kot. Yang penting memang dia dah state kan uitm dapat lain sikit. Sebab yuran kot. Masuk je duit, cek-cek akaun terus masuk RM6.7k gitu lah. Hahaha. Seghonoknyaa masa tu. Kahkah. Mana pergi yang lain? Anee anee, yang aku suka sekali YBR ni sebab dia settle kan terus PTPTN kita, so bye bye PTPTN ! Kita putus! kamu yakin?! Hahaha. Lepas tu tahun ni pulak ada insuran untuk peminjam. Potong dalam RM200++ camtu lah. Heee.


Okay. Satu lagi syarat nak dapat duit is kena pergi kem induksi. Kan aku dah cakap, banyak prosedur. haha. Okay. Next entry. Haus pulak. Eh eh memang taip guna tekak pun. Haha. Bye. 

- Harap membantu. Apa-apa hal roger je gua dekat fb/twitter/komen. InsyaAllah boleh gue bantuin. Jangan malu jangan segan. haha. ( username : faraamiina )

- Sorry. Banyak bebel. Banyak melalut pulak tu T_T Harap membantu. Dan all the best ! :)


--- Hah. Republic USM tengah buat sharing pasal kampus kesihatan. Pergi follow sana bakal mahasiswa kampus kesihatan ! Hhaha.

twitter ; republicusm
----


** UPDATE  : >> SINI <<

89 comments:

  1. Hi, saya baru nak pergi program induksi next week. So, how was the program? Best tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. sorry lambat. induksi? best la jugak. hee macam seminar whatsover conducted by professional consultant. more to motivational talk tapi serius best dan of course selesa gila tempat dia (y)

      Delete
  2. salam..nk tya knpa sy x dpt login yayasan bank rakyat..pdhal sy dh dftr sbgai pengguna..or ke kena ad akaun bank rakyat baru boleh

    ReplyDelete
  3. terima kasih utk semua inf yg berguna ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..saya nk tanya dlm borang ad minta surat pengesahan penaja,sekiranya sy tiada penaja sebelum ni perlu ke sy hantar surat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep. Still kena hantar. Minta dekat hep uni yg mengesahkan tiada tajaan :)

      Sorry lambat T.T

      Delete
  5. nak tanya, memang masuk duit lambat ke? sebab saya program setahun je.. sbb sambung master. kalau masuk may,saya dah nak hbes masa tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha duit mmg masuk lmbt sikit pun. Kalau degree depend pada tarikh hantar result. The sooner the better. Hihi. Kalau master saya tak sure pulak cemana

      Delete
    2. Anoynymus, Minta tak, utk master? Lmbt ke dpt. Sebab saya pun baru nk apply utk master

      Delete
  6. salam nk tnya klu sy tiada pnaja sebelum ni...perlu ke hantar surat pgsahan penaja tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep. Still kena minta surat yg mengesahkan awak tak ada penaja :)

      Delete
  7. Salam.. Nk tnya blh.. Bto ke org ckp ad interview lps jwb kuiz tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Untuk dalam negara tak ada setakat ni. Mybe untuk oversea ada kot :)

      Delete
  8. nak tnya nie. saya dh daftar dekat yayasan bank rakyat tapi salah email laa pula. mcam mna nk betul kan yee? nk daftar balik dh tk boleh dah.. mcam mna yee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak daftar balik tak boleh tu sebab dah tutup tarikh permohonan ke cemana?

      Delete
    2. sbb tersalah isi email time register. email yg tersalah isi tu x wjud .. cmne ye?? xblh nk log in n nk register lain pn xblh .

      Delete
  9. Salam.. nak tanya.. apa maksud dia setel kan ptptn ? contoh kita mmg amik ptptn kan bila nak stop ptptn kita kene bayar sebahagian yang kita dah guna kan ? so yayasan tolong setel kan ke yang tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes. Dorang tolong bayarkan guna duit kita dapat tu. So, the amount berkurang la masa duit masuk :)

      Delete
    2. oh okay tengkiu hehe wish me luck :)

      Delete
  10. Hai, i kurang faham. Kalau kita dah mohon ptptn and kita ybr ni, nanti ptptn tu cemana? YbR ke yg tolong settlekan?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Mcm mana kitan nak tahu berapa kadar duit yg kita dpt ?

    ReplyDelete
  12. salam, kalau nak apply ybr kena ada akaun bank rakyat ke?

    ReplyDelete
  13. Saya nak tanya, kalau kita lepasan matrik, kita kena tunggu masuk u baru boleh mohon ke? Atau sekarang dah boleh mohon..

    ReplyDelete
  14. Boleh tanya, akak mohon masa belum masuk u ke?

    ReplyDelete
  15. Kindly contact me tru FB account if there is any curiousity. I dont check my blog often (i assumed it was already dead, yeah sometimes :p )

    Thank you, have a nice day :)

    ReplyDelete
  16. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  17. This is so helpful. Skrg bru sesi nk jawab test. Im usm student jugak. Still student usm lagi ke

    ReplyDelete
  18. salam nak tanya, settle terus ptptn tu means saya x perlu pegi ptptn untuk batalkan ptptn tu ke? ybr sendri uruskan ye

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum boleh tak saya nak tnya soalan macam mana akan dtnya untuk test online tu

    ReplyDelete
  20. Assalam.. nak tanya untuk kem tu.. semuanya dalam english ke??

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum , saya nak tanya kos sastera bahasa inggeris boleh apply tak YBR ? Terima kasih :)

    ReplyDelete
  22. As salam.. nak tanya duit yang dimasukkan tu sudah dibayarkn ke yuran atau YBR suruh kita yang settle sendiri yuran semua tu?

    ReplyDelete
  23. Assalam. Nak tanya kalau guna result semasa untuk tempoh pengajian boleh kea ? Maksud saya. Saya nak guna result deg sem 1 untuk mohon pengajian degree saya?

    ReplyDelete
  24. Kalau cancel ptptn tu, duit yg kita dah dapat sebelum ni kena bayar serta-merta ka? Ka tunggu lepas tamat pengajian?

    ReplyDelete
  25. Hi. Nak tnya, kan every sem masuk duit dlm 4k something. Duit tuh dah tolak yuran atau tu mmg duit belanja kita untuk sem tuh? Thank you

    ReplyDelete
  26. hi. nak tanya selalu program induksi dijalankan pada cuti sem ke?

    ReplyDelete
  27. Saya nak tanya. Kalau kita dh masukkan result berapa lama dia proses utk kita dpt duit?

    ReplyDelete
  28. Kenapa sedih sgt musik blog ni

    ReplyDelete
  29. Salam. nak tanya, berapa lama pula selepas online test tu YBR akan bagitu kita dapat ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jan/feb kut result dia shafiq

      Delete
  30. salam. nk tanya, sy dh jwb kuiz ppbu tu pd 2 nov 2017. everythings fine smpaila last tu dia ckp "Anda telah mengambil masa selama 43 min 06 saat utk menjawab. sekiranya permohonan anda berjaya, pihak YBR akan menghubungi anda". lepas jwb tu dia mmg terus log out ke mcm mna? sbb sy dh login..mmg kna log in kan baru blh jwb kuiz tu.tp sy tgk kt atas ade button 'log in'. Pastu kan, yg paling sy bimbang, sy cuba bukak balik website ybr tu then tekan kat QUIZ PPBU tu sbb sja2 nk tgk. then dia keluar mcm sy xpnh jwb lg kuiz tu.. and sy tekan continue. dia keluar kuiz yg baru punya. yg sy dah jwb tu soalan aptitude set 4. yg baru ni soalan aptitude set 2. sy dh start bimbang dh sbb smlm sy dh jwb leklok triple check kot.. pastu sy call kwn sy, sbb mtk tlg dia smlm. dia ckp everythings went smoothly je smlm. pstu sbb sy fikir maybe sistem terganggu, so sy tekanla 'back'. lepastu baru klua ayat 'anda telah menghabiskan ujian saringan ....'. Ke dia sebab sy jawab guna laptop kwn sy semalam. then bila sy log in guna laptop sy, dia x detect ke mcm mna? mohon pencerahan. sy dh email ybr, so skrg tgh tggu dia reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jawapan ybr saudara

      Delete
    2. Saudara ada dspat email tk dr ybr yg menyatakan TAHNIAH anda telah menjawab soalan aptitud set 4 2017.........cuba cek email pd 2 nov

      Delete
    3. Tak.sy xde trma pape email pon..just after last page tu, bila sy dh hbs jwb smua soalan, dia ckp tahniah.anda tlg mgmbil masa slma 43min 06saat ...... Sekiranya bjya pihak YBR akn mhbgi anda. Mmg wjb dpt email tahniah ke lps jwb kuiz tu? Btw, sy fatin.

      Delete
    4. Rasanya tk de masalah mereka akan ambil kira set yg telah kita jawab dlm sistem.

      Delete
    5. Mtk2 mcm tulah😂..sbb klu blh sy nk smua bjln dgn lncr.spruh mati bimbang mlm tu. pape pon klu ade rezeki, adela tu.klu xde,sy redha jela.lgpn sy dh usaha dh. btw, thanks sis🤗

      Delete
    6. Fatin belajar kat mana ye, in shaa allah moga dipermudahkan

      Delete
    7. InsyaAllah klu mmg dh trtulis tu, adela tu.sy bljr kt ukm, tahun 2 skrg.sejarah😄

      Delete
    8. Hi fatin ada dpt jawapan Dr ybr tak

      Delete
    9. Hai hahah blom.x reply lg..tkut plk sy ni ha

      Delete
  31. Fatin tunggu jawapan dr ybr pulak ok��

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum
    .
    Terima kasih atas perkongsian.Sangat2 berguna.
    .
    Saya nk tanya mengenai temuduga ppbu. Semasa temuduga apa yg dia tanya ya berdasarkan pengalaman cik?
    .
    Saya ada dapat emel berkenaan dipanggil temuduga pada 5/12/17 nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk master n phd je kut ada interview degree tak de

      Delete
    2. Saya tidak terima apa-apa email....adakah ini bermaksud saya telah gagal ? sedihnya......i selalu dapat first calss, cgpa pun 3.93.... miskin pula I ....

      Delete
  33. nak tanya, ada sesipa dalam master telah dapat email untuk jawab quiz? i tak dapat lagi....risaunya .....

    ReplyDelete
  34. Kwn sye degree ade sorg da jwb dlm sebulan lebih

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Hai nk tnya.result ppbu dh klua ke?

    ReplyDelete
  37. Nak tanya solan kuiz saringan yang part kreatif, part bi and part bank rakyat tu susah tak?

    ReplyDelete
  38. gais. saya ada mohon gak. saya dari ukm tahun 2. nanti kalau2 ade yg receive drpd bankrakyat, minta roger ye . email saya

    yasmin.edrus18@gmail.com

    ReplyDelete
  39. Assalam sis, saya ada pinjam ptptn satu sem, so saya hanya perlu sertakan borang pengesahan penaja kepada ybr je ke? Ataupun kena serah borg tu di samping kena terminate sendiri ptptn?

    ReplyDelete
  40. Nak tanya, kem nanti mcmana programnya? More to dgr talk ke or more to aktiviti mcm volunteer ke apa?

    ReplyDelete
  41. Nak tanya ,lama ke nak tunggu keputusan YBR nii lepas dah Jawab kuiz? Bape lama yee kena tunggu?

    ReplyDelete
  42. Hai awk nak tnye.. Mcm mna nk tau bila msa kita kna jwb quiz ybr? Dia bg thru emel ke? Or mmg kna jwb quiz lps je trikh ttp ybr?

    ReplyDelete
  43. Ujian Aptitud Set 1,2,3,4 2015
    1 jam = 45 soalan

    Bahagian A - Teks, Isi tempat kosong, Perkataan sinonim, Pilih ayat sama maksud
    15 Soalan 20 Minit

    Bahagian B - Teks, Isi tempat kosong, Grammar
    15 Soalan 20 Minit

    Bahagian C - Matematik, Pengiraan, Volume Formula, Tahun Lompat, Harga Diskaun, Mod, Median, Mean, Prime Number
    15 Soalan 20 Minit

    Save Setiap Section 1,2,3,4,5
    Completed, 0%, 20%, 40%, 60%, 80% & 100%

    Send Results By Email - Mail Was Sent

    yayasan@bankrakyat.com.my

    Good luck to all candidates. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  44. Nak tanya kem induksi tu berapa lama ye?

    ReplyDelete
  45. Sis nak tnya,Kalau student year 2 nak isi mcmna? Maklumat kelulusan sedia ada tu kiranya letak maklumat year 1 atau sblum musk uni? Plsss replyyy

    ReplyDelete
  46. Sis, macam mana kalau dah hantar, tapi cek² salah isi. Boleh adjust lagi ke?

    ReplyDelete
  47. sis.. tumpang tanya. knp bila saya dah register tapi dekat tools tak ada pun borang untuk isi PPBU? hanya ada borang untuk Talent Rakyat Application dan Education Excellent Award.

    ReplyDelete
  48. info berguna thanks..tapi kena kurangkan melalut tu SERIOUS TALK. byee

    ReplyDelete
  49. Sis nak tnya, slip gaji penjamin yg kerja kerajaan hantar satu bulan ke tiga bulan terkini?

    ReplyDelete
  50. Kalau mohon ptptn sem awal and then isi ypu ni .. Cth lah dpt ptptn perlu bagithau atau auto

    ReplyDelete
  51. asslmualikum. nk tnya kalua saya buat permohon bntuan tungku Abdul rhman untuk dua sem... saya bolehke dpt bntuan boleh ubh nih?

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum , hi nak tanya , sebelum dapat duit tu , kan kita dh upload result. Mmg result tu kena checked dlu bru duit masuk ka ? Saya bru mohon.

    ReplyDelete
  53. Salam... saya nak tanya kalu kita degree dah dpt tajaan YBR. Then masa nak sambung master tu n nak apply YBR pula, adakah kita kena iv jugak ke?

    ReplyDelete
  54. Download surat tawaran tu dekat mana ya

    ReplyDelete
  55. assalam nak tnaya,jika tarikh pengajian tu 3.5 tahun/7 semester kira boleh ke tak boleh mohon?

    ReplyDelete
  56. Assalam saya nak tanya, saya baru je terfikir nak mohon ybr untuk my degree tapi saya call tadi dia ckp duit mmg lambat masuk jadi boleh ke klu sy mohon ptptn untuk sem 1.. dan kem induksi tu boleh tanya x, program tu kene pegi masa kita tgh dalam degree tu ke pegi sblm dftar degree.. saya harap ad penjelasan.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan author blog ni. Tp based on application saya tahun ni, saya sudah apply PTPTN sem 1. Sekarang nk masuk sem 2. Baru tadi saya dpt emel utk jawab ujian saringan (quiz tu). So yes boleh apply ptptn. Wish me luck!

      Delete
    2. Hi nk tnya. Klau dh apply ptptn. Kena ada surat pengesahan penaja dari uni ka

      Delete
  57. assalam nak tanya, mcm mana ya nak submit result setiap sem ke YBR?

    ReplyDelete

Nak pinjam lipstick !