Sunday 24 August 2014

Audiology USM.

Hujan-hujan ni, TV pun tak boleh tengok, Astro tengah ada masalah teknikal lah apa lah, playlist pulak lagu semua sedih-sedih. Er macam dah kenapa?
Aku pun tak tahu nak tulis apa pasal ni, terperasan tab Blogger tak tutup dan mungkin aku patut tulis sesuatu. Atau tidur? Haha. Sejuk gilaaaaa.

Okay lah. Ini bukan entry ilmiah penuh informasi pun. Sekadar nak bercerita sambil melayan hujan ni. lol Jangan lah expect aku akan cerita segala overview kos ni sebab aku pun tengah belajar * emotikon peace*

"Awak ni amik Medik ke?"

"Bukan. Tapi belajar pasal telinga.."

"Oh. Doktor telinga lah eh?"

"Tak ada la doktor pun. Belajar sikit-sikit je la pasal telinga tu.."

"Ala. Doktor lah tu.."

"Erggggghhhh *flip tudung makcik*

Ada sesiapa macam familiar dengan dialog ni?
Aku dah macam bukan setakat familiar, dah lali segala tahi telinga aku dengar dan alami benda ni. Susah kan nak buat orang faham.
Karang aku keluar istilah screening, diagnosis, advocacy karang jenuh pulak nak explain benda lain sebab ending dia mesti akan ;

"Oh. Doktor lah tu.."

Tapi itu lah. Nak buat cemana kan. Even masa kita orang orientasi haritu dan jumpa dengan all the doctors/lecturers, antara ayat dia ;

"I remind you, we are not doctors. Yes, you can be a doctor, but the doctor of philosophy.."

Punya lah dorang tekankan sangat pasal ni. Ye lah, karang ada meraung menonggeng karang sia-sia je kan.

Aku nak cerita lebih-lebih pasal Audiologi ni pun aku baru nak bertatih masuk second year. Apa lah sangat yang aku tahu kan. Subjek pun banyak tumpang subjek budak Patologi Pertuturan lagi. Tapi sebenarnya tak kisah pun, sebab kita orang memang perlu benda tu pun. Kekeke. Senang cerita aku pun tak nampak lagi thw whole jalan dia. Er. Haha. Sepanjang dua sem ni aku rasa satu je kot subjek yang betul-betul kod Audiologi -- Fizik untuk Audiologis. Itu pun masa first sem. lol

Tapi tak kisah lah. Kot mana-mana yang aku tulis ni berguna, korang amik je lah simpan dalam kepala.

Subjek Intro to Clinical masa sem dua tu kira macam penyelamat lah untuk penjimatan penggunaan kepala otak aku ni untuk berfikir apa benda lah yang aku amik dah nak habis dua sem ni.

Summary yang aku boleh buat sepanjang empat jam clinical observation tu.


1. We handle machines. ( All those machines macam tympanometry, Pure Tune Audiometry etc.. )
2. We handle kids ( tapi untuk clinical sahaja just main dengan dia orang untuk dapatkan result test. )

-- Aku rasa macam nak upload je report clinic haritu. Bhahaha. Aku malas nak tulis. Cedok lah apa korang nak cedok. Kahkah. Ini pun out of 4 hours kitorang kena buat report untuk 1 hour saja. Pilih mana yang terbaik yang korang nak. Ayat toksah cerita lah merapu dia macam mana, buat kerja last minute. Grammar terabur. Aku check pun lepas submit. Haha. Apa lah gunanya. Pukul empat petang baru nak buat, pukul sembilan malam dah kena print. Wuwuwu. Itu belum cerita termenung lagi, fikir apa aku nak temberang. Seriyus hidup masa tu disaster sangat sampai aku malas nak hantar dan nak redha je. Tapi report 30% kot markah dia! Bahaha. Anyway, 1000 words for each report. 1k untuk report klinik speech, 1k untuk report klinik audiologi. Dan aku dapat A untuk report. Kahkah. Kalau lah give up dulu, kan tak pasal-pasal merana.







Aku rasa benda ni dah macam sum up benda apa yang kena buat masa klinik yang sejam tu. Hahaha. Kalau general klinik tu, macam orang awam datang appointment untuk cek telinga dorang. So kita conduct test, or maybe dorang check up untuk follow up keadaan dorang yang lain. Tapi kadang-kadang bila handle budak-budak, ada yang buat ni dorang dah special dari kecik. Macam kes A dekat atas ni, A memang tengah tunggu queue untuk cochlear implant. Telan air liur aku bila clinician borak dengan parent pasal kos dia. RM60k untuk sebelah telinga. Wuwuwu. A tu comel sangat serious. Gebu gebas melepak kulit dia tapi itu lah. You lose some and you gain some kan? Tak semua benda kita boleh dapat dalam hidup ni.

3. Ada juga test lain selain yang dimention dalam report atas ni. Macam ABR. Test yang membuatkan aku sekali nak tidur dengan patient-patient tu. Haha. ABR ni macam patient tidur dan kita tengok electrical activity dalam otak ni. Lebih kurang macam tu lah. Tapi aku patut sempat untuk observe klinik ni tapi patient tak datang ke aku ada kelas or observation hour aku dah complete.

4. Tahun 1 dengan Tahun 2, belajar lecture macam biasa. Pergi kelas, balik kelas, ada jugak lah amali sikit masa second year, belajar masking etc etc. Third year baru start klinik sampai fourth year. Tapi bukan klinik semata lah. Still ada lecture jugak, untuk penuhkan segala jam kredit itu semua. Kalau macam praktikal pulak, praktikal masa third year. Start OSCE semua itu. Macam test yang ada station-station macam OSPE, lol aku nak terang pasal OSPE pun macam malas. Sesapa yang dapat kos ni, kita redah je. Too much spoiler spoilt the mood. Hahah.

5. Aku nak stress kan lagi yang ini sekadar perspektif aku sepanjang tahun satu ni. Tak banyak lagi ilmu yang aku ada. Sebab aku pun tak start klinik lagi kan so aku pun tak tahu apa lagi benda lain yang ada dalam kos ni. Kekekeke. Tapi, apa yang aku tahu. It holds greater responsibility dalam society. Kalau dulu aku macam jarang lah nak fikir pasal orang yang kurang kemampuan untuk mendengar ni, tapi lepas tu kesedaran tu makin ada. Dan kalau nak tahu, memang raaaaamaaii yang menghadapi masalah pendengaran sekarang ni. Tapi awareness yang kurang.

Tiba-tiba rasa nak kongsi pasal the rest of clinical hours.

First clinical observation aku haritu pun ada sorang budak laki ni, tough gila, aku yang cuak -- okay rupanya dia umur dalam lima belas ke enam belas gitu. Tapi dia dah tak sekolah dah. Aku dengan Ikah duk menunggu senior dengan clinician dekat depan klinik optometri, memang dah nampak dia dah tengah tunggu dekat luar tapi tak sangka masa tu dia yang akan buat checkup. Telinga dia keluar air macam tu lah. Bila dah keluar air ni of course lah terganggu dan pendengaran pun jadi low kan. Some what ada problem dengan gegendang telinga dia lah. Aku lupa penyakit asal dia. Kira clinican tanya macam ni lah.

"Awak ada dengar benda kuat-kuat ke dua tiga hari ni?"

"Earphone jah.."

"Meriam ke apa tak ada?"

"Takdo.."

Pastu kawan dia gelak. Aku tengok muka kawan dia, agak macam ada je. Bhahaaha.


"Adik ke ni?"

Aku tanya kawan dia tu.

"Dok lah. Saeng rapat dari kecik.."

Memula kawan dia ni duduk luar, tapi aku suruh lah dia masuk sebab nak tengok kawan dia tu. Tapi dia masuk jugak. Nampak kawan dia macam bosan sikit masa test tu, dia sengih gelak-gelak dekat kawan dia. Hidup balik kawan dia tu.
Lepas tu kat situ terbit lah rasa kagum dekat dorang. Walaupun pendidikan tak ada lah setara mana kan, tapi sekurang-kurangnya ada orang lagi yang nak mengaku kau kawan baik dia walaupun kau tengah ada masalah masa tu, kau tengah ada penyakit or whatsoever. Kita yang kadang-kadang rasa dah cecah tahap tinggi ni pun, kadang-kadang duduk sorang jugak ye kan?


Ini jam bila entah, ada seorang pakcik ni. Memang telinga dia berair habis dan ada bunyi dalam telinga. Benda ni kita panggil "Tinnitus". Boleh cari kalau nak tahu lebih lanjut. Biasa memang orang yang datang klinik akan ada masalah ni pun. Tak semua lah. Pak cik ni memang file dia dah ada dah dekat klinik, tapi kena lah jugak buat history taking semua. Rupanya cerita dia ni dia dah lama dah ada penyakit ni datang semula lepas dia refer haritu. Dan patutnya dia kena refer hospital lain, tapi macam mana entah kes dia bawak ke hosp usm macam tu lah. Hahah. Aku lupa -..- Tapi dia tangguh punya tangguh sebab anak dia sakit. Ayat dia aku paling ingat.

"Anok sakit itu hok tangguh tu. Bilo anok sakit, sakit kito, kito tok caro ddoh.."

Hahaha. Betul ke bahasa Kelantan aku ni? Haha. Lantakkan aje.

Teringat ayah aku masa tu. Haha.

Aku dapat dua kes budak kecik, dua kes dewasa. Kira macam okay lah.

Entah. Bila kau masuk klinik ni kan, kau lagi fikir pasal kehidupan. Duk belajar pasal satu bahagian badan ni pun dah macam ni kan, apa entah budak Medik lagi kan. Hee.

Kau jumpa berbagai manusia yang kita sendiri tak tahu apa masalah dia sampai dia datang dekat kita dan kita conduct test.

Ini baru empat jam klinik kot. Itu pun observation baru. Belum masuk clinical year lagi kan. Never know what future hold.

Anyway,

Tell them what we are, not tell them what we not.

-- Aku dah cakap hahaha entry tak membangunkan otak langsung. Aku pun doubt nak post. Haha. Maaf jika ada yang kecewa. Haha. tapi sebenarnya bagi aku lah, aku dapat je gambaran kerjaya dia cemana.

Kami bukan medical doctor.

Kami Audiologist.

5 comments:

  1. hi..saya pon ambik audiologi jgk but in uia..baru nk msuk 2nd year..skrg ni msti akk dh kerja kann..its 2017 already..akk kerja kat mn?will you tell more yr journey until you graduated? terima kasih ^_^

    ReplyDelete
  2. Kalau dari diploma nak sambung audio boleh tak? Kalau boleh, Kena amik jurusan apa ya? Kalau dari diploma in mikrobiologi boleh tak?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Usm kelantan rasanya, sebab sains kesihatan semua dekat kelantan je ada.

      Delete
  4. kak, selalunya waktu interview kemasukan tu dia akan tanya apa je ye ?

    ReplyDelete

Nak pinjam lipstick !