Wednesday 31 December 2014

No.

"Do I ever cross your mind?"


"No."



"Oh.."








"You stay on it.."



Exam Mood : ON

Morning!
So, official statement has been released stated that our exam will be on 5th January until 20th January. Lambat lima hari. Ah ha, abaikan.

Pagi-pagi dengar orang bersorak main bola dekat Kompleks Sukan, and you realize life is getting normal macam dulu. The condition here is getting better, less ambulances and helicopters sound. Well at least we know, everything makin okay.

Volunteers are still needed here in USM, but Dekan already told us to limit our volunteer work and focus on exam this time since we have been working since the disaster began. Sangat diharapkan PPSP & PPSG students je sekarang ni.
Allahu musta'an.

I chit-chated with Cik Zul, not the HEP one but Che Din one. Haha. Okay aku memang suka berborak sangat-sangat. Kahkah. While bayar Tam Tam sempat la berborak dengan Cik Zul. Rumah dia tak banjir but he told me a story.

Satu famili tu, anak dia merengek lapar. Rumah dah habis kena kepung air, sanggup pergi meredah banjir cari beras. Dah jumpa beras, terjatuh pulak dalam air. Melimpah beras

Rasa macam kena cucuk kaca dah mata masa tu, Cik Zul pulak cerita bagi sayu je.
Aku borak-borak and then blah pergi padang kawad.

Semalam aku pergi lagi, ada pakcik dari Kuala Krai datang nak ambik makanan kering basah semua ni la. Dia bawak nasi 3 bungkus dan mintak air mineral. Sambil dia tunggu ada budak ni ambil air mineral, aku berborak lah dengan dia. Huahua. Borak lagi.
Dia cakap laa teruk keadaan sana. Rasa macam hina bila makanan kena main campak-campak je.
Ada some part yang aku setuju, ada yang tak. Aku tak rasa ada pihak menghina dorang pun tapi dorang tengah emotionally stress kan, so kita dengar aje lah instead of backing up something like blah blah blah.

Aku sambung buat kerja, pakcik tu datang lagi, dia pergi kat section lilin dan mintak lilin sebab rumah dah lama sangat bergelap. Aku pun nak bagi tak sampai hati. Lilin yang tinggal pun lebihan aje. Lilin-lilin deko yang bulat tu. Berapa terang sangat lah kan. Huhu. Aku tulis kan aje la inventori out sebab nak berkira item cemni pun tak sampai hati. Wuwu. Tapi dah sebab barang orang kan.

Banyak je cerita dekat Padang Kawad yang jadi pusat operasi kumpul barang, punggah barang sebenarnya. Sampai kena sound pun ada, hmm hmm. Tapi biar lah. Malas nak ungkit benda-benda camtu.







So ini lah rupa tempat untuk barang keluar. Yang dah dipack etc.
Banyaak sangat barang. Belum cerita dekat sebelah yang bila lori datang bergondong-gondong sampai nak patah pinggang mengangkut. Haha.
Semalam pun ad budak PEMANCAR (is it?), -gabungan mahasiswa machang, ada abamm abam ke adik entah dari Poli KB yang join JPAM n Wataniah datang tolong.

Nice experience tho.

To the affected families, may Allah always shower you with strength, determination and most importantly, His bless.


Tuesday 30 December 2014

Jokes

Baru dapat jejak katil dari pukul 10.00 pagi tadi sampai 12.00 malam ni dan badan tease me around telling that I should not sleep.
Padahal aku exhausted gila dah ni T_T

I am ready to sleep siap tepuk bantal busuk bagai then my body told me :

"I'm just joking mate.."

Blergh!


Monday 29 December 2014

Mimpi

Morning. As usual, pagi-pagi akan difully-wake up oleh helikopter. Salute to the teams yang tak berhenti berkhidmat T_T

. . .

Okay, tadi termimpi. Mimpi tak habis lol sebab ayah call. That was random dream tapi bermakna. Oho hoi.

I went to a place, i dont know where but it seems familiar to me. Ada dua kedai yang jual kuih and breakfast, the right one ada jual murtabak and i want that but sadly, the akak yang jual tak ada. So i went to the left side one. No murtabak but ada kuih pulut yang salut dengan kelapa pedas tu. Haha wait, why even aku cakap pasal makanan masa tengah lapar ni T_T

"Nasib baik adik datang"

And i was like why?

"Akak ni cari duit lebih. Suami pun tak bagi banyak. Dia tak fikir agaknya anak nak masuk sekolah ni"

Aku tak sempat respon tetiba Taylor Swift kejut. Ayah aku lah tu call.

The end.


Short yet meaningful isnt? At least untuk aku.

I am not that one yang kemain over feminism nya.

But seriously, hak bekerja is totally hak untuk perempuan jugak.

And wait. Aku jahil ke or is there any hukum yang cakap perempuan tak boleh bekerja? Ini serious question sebab aku serious tak tahu and nak tahu.

Living in family where ibu ayah are working, and yes life isnt that hard. It always has ayah or ibu to turn to.

And i really hope suami aku not the type yang akan suruh aku duduk rumah sahaja. Well at least tempoh kerja aku sama dengan tempoh aku belajar. 5 years old until 23 years old. Berapa tu? 18 tahun?

Even aku kahwin dengan jutawan pun. Sebab apa? Sebab dalam hidup ni seriously tak boleh bergantung hidup sangat dengan orang lain. Money matter. Hidup sekarang ni ramai yang bertuhankan duit, dan dont expect people to suap you sebab setiap orang ada nafsu dia. To buy this and to buy that. Sesiapa yang lucky enough jumpa spouse yang sentiasa together in hell or heaven tu sangat laa beruntung.

Dan aku tak nak marriage aku hancus sebab duit. Kan? Bukanlah nak duit segunung tinggi tapi sekurangnyaa aku sendiri ada support untuk diri aku sendiri kalau apa-apa jadi. Aku tak perlu mintak suami aku bagi duit dekat ibu ayah aku sebab dia orang yang besarkan aku sendiri. Aku boleh bagi berapa yang aku mampu kalau aku ada duit aku sendiri.

Itu logik aku.

Even ibu ayah pun pernah cakap yang jangan berhenti kerja even dah kahwin pun sebab dia cakap banyak lelaki sekarang ni tak boleh harap jugak. Hahah itu ayat ibu ayah aku okay.


Hahaha okay. Entry random dari aku yang masih selubung dengan selimut.

Sunday 28 December 2014

Selfish!

Life is really an unexpected journey. The condition here is such a mess. As we all know, banjir here in Kelantan. Our exam got delayed, our foods kena catu and such.

Nobody gonna care about exam right now. Seriously. I cant contain all the emotions when i think about the victims. How you hear bunyi helikopter dengan kerap, like 30 minutes sekali or maybe less than 30 minutes. Dan we know up there ada orang tengah bertarung nyawa from Kuala Krai or Hospital Zainab to HUSM.


It is critical time for everyone. For USM too.

Yet, human masih ada yang selfish.

Keep complaining about everything, how frustrated they are about the delayed exam and everything.

Put yourself in victims' shoe, the family, the student who involve in volunteerism or anyone yang terlibat.

You never know if you just lock your room, stuck in front of your books, and then you argue about why and why the exam got delayed.

"I want the exam to be on next week no matter what!"

Come on la, not everything will follow your flow. Unless you prepare everything, you susun meja, you tampal exam number on table, you print out all candidates name for every subject then yes, we can do it as soon as possible.

The ass with all those selfish thinking. All you think is about yourself.

Macam lah kau lahir dekat dunia ni tak ada bantuan siapa-siapa. Kalau mak kau je ada dekat dunia ni without your bapak, takkan ada jugak kau dekat dunia ni.

Common sense please? At least be considerate.

When the time comes, it will come.

I got a meeting with Dekan this morning, and i remember how frustrated he is when yesterday he when to visit some random shops.

The situation where everyone borong everything like there is no tomorrow.

And he said, our situation is really different from Japan, each person can buy only 2 bottles of mineral waters in order to be fair for their neighbours or others.

While the situation here is, you borong everything until the rak is completely kosong!

And he said that he wont be suprised if people killing each other just to get foods.

Sigh.

Yes, you have to make sure you get enough foods during the disaster but lupa ke orang lain pun macam tu jugak. Pandai-pandailah bercatu. Hmmm. I dont know lah.

There are also issue where the victims complaint about how boring and annoyed they are because hari hari is sardin. It is happening in USM yo!

Oh my god, really?!

Tuhan kasi ujian untuk kau bersyukur, yet ada makanan pun still complaint?

Geez.



Patutlah Malaysian is Malaysian, not those Syrian etc.

I am here and I see a complete view of people especially the thinking.

- Temerloh is getting worst. I am worried about USM, hope tak banjir dan i am damn worried about my family and house. Terkepung sudah. Rumah tak banjir but no jalan keluar.

Allah, save them please :'(

Thanks Allah for everything. USM seems to be the only safest place here. You imagine how lucky i am to be here? Can you imagine if Kuala Krai is actually Kubang Kerian?

We have so many manpower and facilities here, bila semakin dikaji hikmah Tuhan, you see the beauty.

Alhamdulilah.

.
.
.

* Yes you, good luck exam :)

Tuesday 23 December 2014

Distraction.



Now i wonder, how do i study before?
Phone is such a major turn off. Yeah, together with the weather. Ahha. *we live in society that got lot of complaint tho, hujan marah, panas marah. Pardon me*

Social media it is. This entry is one of the end product of distraction.

Yes. Seriously i wonder how do i study before this. During my form 3, my form 5 etc. If i am not distracted by smartphone, then what?

.
.
.
.

Laptop. Yes.
.
.
.

I remember how my mom complaint about me at my Form 3 homeroom teacher for being too into Japanese entertainment. Haha. Laptop 24/7.

What a life.

Technology is one of the indicator for urbanisation *yeah, perhaps* and in the end it such a battle for the society.

Like,

"I have to study right now. So i need to put away all those gadgets and blah bla blahh" - said a random electronic engineering student.

And then s/he gonna create one someday.

Urbanisation caused all the hi-techs to occur yet students struggle with gadgets in order to swim in the urbanisation sea.

Senjata makan tuan namanya. Haha agaknya la.

Sudahlah, i got a really big issue with health literacy and poverty right now. Should study for health n society instead xD

There is one side of the world who struggle to get food and yet your struggle is to be away from your gadgets. Seriously fara?

But then, it is a struggle between nafsu actually. Struggle orang lain-lain right?

Everybody has their own struggle. So, be kind :)



Tuesday 16 December 2014

Awesome!

Nothing can be as awesome as sleeping for 9 hours during your busy day. Bhaha.
Nice start anyway.
Waking up with your favourite series. Aaaaaa.
Started the morning with mountain level of confidence and as expected it was an awesome day.

Dan makan Domino's dengan hanya bayar RM3.00++





How awesome the life is?

Anyway it is all about the positive aura. It aint about the metaphysic or such but you walk what your mind talk.

Challange :

Start your day with a mess. For example, wake up at 8.55am while your class is at 9.00am, leave your phone uncharged, fight with someone and you name the rest

VS


Wake up early, have your breakfast, watch some mood-booster clips or such and smile.

Anddd.

See the differences.

It sure make a different.


Monday 15 December 2014

Typical



This is how my typical near-end of the semester. Doing assignment A then you cant get your head out of report B. I should settle one by one anyway. But that's how I live. Yay or Nay?
By the way, i just suck at passive sentences. Major problem while doing the clinical/lab report. Blergh. I stucked about 5 minutes just to arrange the proper passive sentence. Bhaha.
It aint easy.
Forgetting the past too. lol 
Gotta admit that im just bad at something that is called 'past'. 

Be it sentences or life.

Am i using a lot of metaphor these days?




Sunday 14 December 2014

Sound Disorder!

Thirteen chapters in a night.
God bless me T_T




Current stage : Anger

Bhaha.

Mentally tired. Class non stop from 8.30am - 5.30pm except for lunch hour. One hour nap isnt crime isnt? Haha.
Well let see, how curi tidur lepas Asar will do xO

Im dying.

Test for Sound Disorder and i think i might get mental disorder at least for this one whole day.

Talk less. Gedbai ZzZZZZzzz

Friday 12 December 2014

So long!

Nothing hurt than chasing someone who will never love you back.

Oh oh. I found the other one.

It is hurt waiting for the next episode of a drama. I mean, it was very tense at the end and you have to wait for another week.

Worst feeling ever.

But towards the end, the episode is still coming, it just you have to wait for it.

I cant see any differences between both.

The love and the drama.

It worth the wait isnt?

Geez. Crappy talk again.

The truth is im currently watching a drama and i regret. I have to wait for every damn week to see the upcoming events. Hahaha. I should wait until it finish airing. Grrhh.

I just forget that i own a blog, these few days some friends brought this up. And i was like, omg did i own a blog? Haha.

Life is as expected. Very flat but of course something unexpected came and all you have to do is to go through it.

Last week of lecture. Gonna bid a farewell for Semester 3 soon.

Time sure flies like crazy mosquitoes. Haha!



- Random picture. I miss home. I mean the mall. Haha.

Pssss : I really mean the very first word in this entry. Haaha. Oh my, life is sure a drama. Or maybe, drama is actually a life.



The lines that never meet.
Me and you, perhaps? Hahahaha
Mann, im getting crazy. Okay cut this shitty thought. I am just kidding guys.

Wednesday 5 November 2014

Piece of paper called duit.

Minggu ni je dah dua kali hilang duit.
Okay, first sekali masa nak pergi kafe. Tup tup hilang RM5. Dah la tengah kokak ni kan, dan baru tu jugak kau sedar betapa beharganya lima ringgit bila dia hilang. Rasa macam nak menangis pun ada. Bhaaa. Balik tu je terus cari lagi then jumpa terselit ke terbang macam mana entah.

Dan hari ni, coursemate aku pinjam duit RM10 semalam. Tengah makan tadi dia ganti. Elok je aku selit bawah tumbler. Aku pun gila tak simpan terus dalam handbag. Heww.
Naik bilik, terus teringat pasal duit. Cari punya cari tak ada dah.
Serius sepuluh ringgit kot. Makan dua hari tuu. Rasa macam erghhhh sesangatt.
Entah. Tak ada rezeki kot. Ada lah tu rezeki orang lain.
Susah je nak redha.

Tapi bila aku fikir balik, aku pun salah. Kalau lah aku rasa duit tu penting, lama dah aku terus simpan dalam bag bukannya duk selit bawah botol kan?

"You never appreciate the nikmah until it is gone"..




Rasa nak smack down diri sendiri sebab cuai.
Takpelah, siapa yang amik tu aku halalkan aje lah.
Semoga sepuluh ringgit tu buat aku kaya kat Akhirat nanti. Hewhewhew

Tuesday 4 November 2014

Chopstick /\

Current Forever obsession :


OMG. That was freaking flawless. Hahaha. Hambik kau mencarut hapa entah. Identiti kaki siapa terpaksa dirahsiakan.


OMG. Lagi. Aku scroll entry lama, terkejut dah kenapa hidup macam depress? Padahal elok je mengilai sana sini. Kemain entry macam semua masalah dalam dunia ni aku tanggung. Hahaa. That was so immature! I mean seriously fara? Entry emo macam zaman budak nak up dah kenapa? Hahaha. Malu woih malu!

Okay berbalik kepada cerita kaki tadi kan, i received a lot of bashes lah dengan keobsessan aku untuk mendapatkan someone yang mempunyai chopstick di kaki. Hahaha. K. Penghinaan sangat -.-

"..Aku bukan apa lah kan.. Aku expect dia akan pilih orang cemni cemni cemni. bla bla bla.."

And the girls' talk is so on and on and on.

Pernah dengar ayat macam ni? Or pernah cakap?

Yeap sangat familiar.
Aku pernah.
Yes. Banyak kali aku cakap.

Like seriously? Why dia nak yang macam ni? Macam tu?

Rasa macam bila tak kena je nampak orang tu dengan orang ni mesti akan persoalkan.

Anyway, personal preference somehow is a matter of perception.

Kau perceive baggy eyes tu cantik, cantik lah jadinya.
Yang fikir banyak lemaks tu attractive, with flow lah jadinya.

Dah nama pun personal preferences kan, no one gonna butt in lah. Perhaps.


Ada orang taste dia macam A, ada yang macam B and blah blah blah.
So, no one have time to feel down.

Chin up ! :D


Aku still rasa guys with chopstick leg are the best. Kahkah. Tak ke macam awesome choose  Levi's and pick for the 510 one? Lovely isnt? Hahaha. Haremm. Kahkah. Kalau bapak aku tahu anak dia taste macam ni, muntah darah beliau.

"Honey. Slim fit ke skinny?"

 *while choosing for his jeans.

"Dont care lah. Asalkan kemas."

Hahahahaahahahahaha. This is utter emberassing.

But. but. Haram for colour colour one okay. Only jeans allowed. When i said jeans, it means jeans.



Gosh. Adorable hokkay.

"Kau ni tengok kaki je ke? Muka tak kisah?.."

And i literally laugh. Mana-mana pun boleh lah.

And i seriously think yang aku punya taste memang bukan preferable by society. I mean, yes.

1. Younger than me. From one to three years younger.
2. Tinggi melangit
3. Kaki kuruihh
4. Rambut tutup dahi. Omg this is so kpop thinggy. But seriously, it is not totally inspired by them. At all. Bukan sebab kpop. Hahaha.

Ciri malnutrition sangat!

And, good sense of fashion. A must.

Kejapp
Kejappppp
Kejapppppppp

Aku mula-mula nak tulis pasal kaki, then melencong ke personal preferences then melencong ke kedai jeans, lepas tu ciri calon suami. Dah kenapa? Hahaha.

Pergi tidur lah woi. Sumpah merapu sangat-sangat dah ni. Hahaha.



Friday 31 October 2014

OS X Yosemite

Good morning :)
Recently, i updated my OS from Mac OS X to OS X Yosemite. K not so recently, but yesterday. Hahaha.
Aku tak try pun Maverick punya version sebab haritu masa nak update dia lag je selalu. Kohkohkoh. Saja tak nak bagi update lettew.

Anyway, as expected. Fresh looks. But somehow it's lagging here and there -.-
Or maybe i din get use to it? Yet. Maybe.
The features sama je macam Maverick, boleh buka new tab bila guna Folder. Tak macam OS X where you can only open enclosing folder.



Pretty much sums it up. Lain icons, lain buttons.
Banyak je lagi features dia. Malas nak korek sebab bukannya guna sangat pun. Hahaha

Features banyak relate dengan Iphone. Mula lah rasa nak let go Note 3 pergi amik Ipong. Haha. Oh yeah memang tidak lah kan.

Tapi ada satu features dekat Safari yang dah tak ada. I hecchuuu 3:

Dah jom jom. Buat esaimen menimbun.

Thursday 30 October 2014

Promoting.

Assalamualaikum.
Okay, nothing much to say, just to keep the blog alive. Haha

Midsem pun dah lama habis. Dull holidays as expected but memang dah expect kan. So tak kisah lah.



Anyway, dah menyettlekan hal tolong kakak aku with her little bussines.

Go go go and search for instagram.com/byfsquare

Many collections await. For instance satin printed vintage design, kurti blouse and jubah. Ada custom made wide shawl or shawl, with ot without lace.

Now rasa macam faham sesak orang berniaga. Aku yang tukang tangkap gambar je pun dah tak lalu. Haha



Apatah lagi orang yang berniaga tukar menukar tudung sepuluh doploh kali ni.




Lerghh. Over tahu sambil tunggu tukar menukar tudung tu sempat lagi stalk blog orang lain. Kah.

Dah. Aku pun tak tahu motif entry ni. Bye.

-- Dont forget to check out her Instagram account ~ Byfsquare.

Thursday 23 October 2014

Oh whyy!

That MAJOR HEART ATTACK bila aku lupa pasal assignment yang kena submit hari ISNIN ni.
Yeah. Aku lupa langsung! Hahaha. K.
Reason dia sebab aku kena lock dekat luar haritu pasal lambat, so bila coursemate aku bagitahu pasal assignment aku buat macam angin lalu. Bhahaha. K. K.
Dan aku tak ada satu idea pun untuk buat macam mana since, again. Dia brief pasal assignment masa aku kena kunci haritu. Dan aku rasa tajuk assignment tu pun dalam lecture notes tu!

Dan -- aku lupa nak tanya kawan aku.

Nak je aku kasi double kick dekat medulla oblongata aku ni T_T

But there me again --

Sitting and doing nothing.

Bhaha.

Go die la kalau cemni perangainya -.-



Patut ke aku rasa kemenangan dengan penyerahan kalah akak aku ni? Haha. Kbaigodie

Wednesday 22 October 2014

Duh.

Katanyaaaa ---

Esok nak start buat assignment.

flashback

Dua hari lepas.
Tiga hari lepas.

And it keeps repeating.



Tinju nak??

Duhh.

Duduk rumah kerja tak jalan, balik USM pun tak berapa nak jalan.

Laugh out loud.

Aha. Lawak la sangat. Duhh *flips hair*

> Lara Alana comel. Hahaa. Random

Tuesday 14 October 2014

Bluff.


It is the time to return to God

Salam peeps. Just came back from meeting dan rasa agak hambar bila balik bilik dan tak tahu apa nak buat. Sangat malas untuk merepair draft assignment yang baru dapat petang tadi. Lots of things yang jadi, some may be good and some may be bad but i dont care much. You gotta go with the flow.
Hati kena kental, childish act is sooo a loser. I have to remind myself over and over again yeah.

Interaction day for Speedio has ended. Rough one. Seriously, a rough one. Bila rasa macam nyawa melayang semuanya because you are too tired in handling things. Thanks to AJKs yang sangat banyak membantu dan being there through the ups and downs.

 Dan masa tu jugak kau kena fight with something else dan aku tak tahu kenapa aku korbankan benda yang satu tu.

Dan kosong kembali.

Aku seriously kena cari something yang buat aku busy busy busy dan busy. Aku tak boleh hidup freely macam ni.

Again, aku tak tahu apa yang aku buat.
Aku akan menyesal.

Pasti.

Dah lah.

Birthday blast.

Paling teruk punya birthday aku pernah hadap semalam. Kau lambat lima minit dan lima minit tu pun sebab kau pergi bilik lecturer untuk hantar assignment. Dan dikunci. Menunggu selama satu jam lima belas minit dekat luar buat aku fikir macam mana aku boleh sabar.
Padahal tu bukan sabar pun, aku degil. Keras kepala.
Salah aku tapi agak kecewa sebenarnya.

Bila lecturer pulang balik assignment yang dihantar semalam tu, everything is so messed up.

Dan kau tanya,

Apa lagi yang tak kena?

Dan dengar masalah yang jadi dengan budak-budak ni.

Entah lah.



Distract dengan stupid things sampai nak balik rumah pun malas. Padahal tak ada kaitan duhh. Hahaha.


Kau try pegang something, do it dan stop arguing then you know why and how. Aku paling menyampah orang banyak mulut, akal dengan tindakan tak ada. You seriously just can go die.

Aku seriously ada masalah hati ke apa?

Kbai.  

When you are at your worst, one by one will leave.

Aku pegang sampai mati.

Sunday 28 September 2014

Sapu sawang.

Holl~a!!
Wohoo rasa macam lamaaa bangat tak menyinggah. Anyway gigih bangun awal pagi which is good laa kan, tapi tapi tapi kelas pukul 8 cancel. So kelas pukul 11~ wehuu. Tak seronok kayy kelas banyak gila tak ada sekarang ni.

Few days back i went to KB Mall entah macam mana kaki nak gerak menyinggah iWorld dan dan tu jugak nak tanya pasal charger si macbook tu. Malam tu taraaaaa charger tak mau charge. Perghhhh.

Absbwjwiwnsniswknsbde. RM250 kot chargerrrrr. Demnitt!

Sapa suruh gatal tanya kann ~.~

Thursday 18 September 2014

Gila

Rasa macam erghh penattt bila balik dah penat dan miserable thing datang. Seperti Ipad kau buat hal apabila kau dah berpenat balik dari perjumpaan.

Dah apehal doeeeeeee. Rasa macam zombi sangat tidur dengan wayar. Dia tak mahu connect. Sound pun tak keluar. Dah apahal sedih sangat hidup ni.




Sumpah zombi bila tengah malam buat kerja macam ni. Aku nak tidur lah hoiii. Tskkk

Monday 15 September 2014

1.31am

Bila balik dari suatu tempat yang permulaannya agak tegang.
Di tengahnya ada perkembangan dan kekenduran.
Dan dihujungnya masih ada kemanisan.

Celah pagi. Meyelesaikan benda yang tak pernah sudah.



You gonna reward yourself some of these.




Im soo not going to pamper myself to the damn much cause i know this journey is the real tough.

-- unpredictable.

Monday 8 September 2014

First day

First day yang buat kau tak cukup tanah nak berlari, been here and there or i can say you can see me everywhere in the USM today. Hahaha. K. Dari pukul lapan sampai sebelas malam. Lol boleh kira berapa minit aku duduk atas katil. Pheww.




Up until now i dont what i am doing. Seriously. Everything is so blurry that my brain and heart cannot contain the emotions. Ahaaaaa.

Tidur lah tidur.

Saturday 30 August 2014

Regret.

Fikir pasal masa lepas sebelum tidur. Dan aku sangat berharap yang aku tak pernah buat benda yang aku akan menyesal. Sekarang. Yes. Some things were too stupid to be shared, and why i am doing that.

If only I could turn back time.
If only I had said what I still hide
If only I could turn back time
I would stay for the night.

.....

So give me strength,
to face this test tonight..


I had too much mess and I dont know what shaped me into the person i am today.
Too many flaws.
Both mouth and fingers.

What's done is done anyway. Hmm.



Again. If only i could turn back time.
Ergh. Hopeless dream that never happened. Nightmare!

Wednesday 27 August 2014

Two dots

Okay okay lately i am so easily get stressed out over nothing such as money matters, lol not that big issue tho - yeah big issue bila money matters cant feed your nafsu. Ahha. This is crazy, nafsu semata-mata. Apa-apa je lah. Not a big deal.
And other things too, entah maybe sebab nak habis cuti dah kot so aku rasa macam erghhh sangat sangat sangat dengan semua benda. Dengan amanah yang tak settle-settle. I dont know i dont know.

-- Current mood ; Annoy with everything without reasons. Also known as - sakit mental

Haha -..-

Anyway, to kill times. Aku tengah main game ni. Lol. Two dots. I rarely play any games, but this game kind of interesting tho. Simple one. Tapi yeah, tak cukup sebulan mesti aku akan bosan dan stop. Haha.



And musixmatch apps. Where you got to see the lyrics everytime you play the musics on your phone anywhere anytime including your FB, Insta etc etc.

Great apps to kill time.

You can get both on PlayStore for Android user. Of course.

Monday 25 August 2014

Positive vs Negative



I have been there once.
And it sucks to the max.

Uh oh. Anyway, good morning :3

Sunday 24 August 2014

Audiology USM.

Hujan-hujan ni, TV pun tak boleh tengok, Astro tengah ada masalah teknikal lah apa lah, playlist pulak lagu semua sedih-sedih. Er macam dah kenapa?
Aku pun tak tahu nak tulis apa pasal ni, terperasan tab Blogger tak tutup dan mungkin aku patut tulis sesuatu. Atau tidur? Haha. Sejuk gilaaaaa.

Okay lah. Ini bukan entry ilmiah penuh informasi pun. Sekadar nak bercerita sambil melayan hujan ni. lol Jangan lah expect aku akan cerita segala overview kos ni sebab aku pun tengah belajar * emotikon peace*

"Awak ni amik Medik ke?"

"Bukan. Tapi belajar pasal telinga.."

"Oh. Doktor telinga lah eh?"

"Tak ada la doktor pun. Belajar sikit-sikit je la pasal telinga tu.."

"Ala. Doktor lah tu.."

"Erggggghhhh *flip tudung makcik*

Ada sesiapa macam familiar dengan dialog ni?
Aku dah macam bukan setakat familiar, dah lali segala tahi telinga aku dengar dan alami benda ni. Susah kan nak buat orang faham.
Karang aku keluar istilah screening, diagnosis, advocacy karang jenuh pulak nak explain benda lain sebab ending dia mesti akan ;

"Oh. Doktor lah tu.."

Tapi itu lah. Nak buat cemana kan. Even masa kita orang orientasi haritu dan jumpa dengan all the doctors/lecturers, antara ayat dia ;

"I remind you, we are not doctors. Yes, you can be a doctor, but the doctor of philosophy.."

Punya lah dorang tekankan sangat pasal ni. Ye lah, karang ada meraung menonggeng karang sia-sia je kan.

Aku nak cerita lebih-lebih pasal Audiologi ni pun aku baru nak bertatih masuk second year. Apa lah sangat yang aku tahu kan. Subjek pun banyak tumpang subjek budak Patologi Pertuturan lagi. Tapi sebenarnya tak kisah pun, sebab kita orang memang perlu benda tu pun. Kekeke. Senang cerita aku pun tak nampak lagi thw whole jalan dia. Er. Haha. Sepanjang dua sem ni aku rasa satu je kot subjek yang betul-betul kod Audiologi -- Fizik untuk Audiologis. Itu pun masa first sem. lol

Tapi tak kisah lah. Kot mana-mana yang aku tulis ni berguna, korang amik je lah simpan dalam kepala.

Subjek Intro to Clinical masa sem dua tu kira macam penyelamat lah untuk penjimatan penggunaan kepala otak aku ni untuk berfikir apa benda lah yang aku amik dah nak habis dua sem ni.

Summary yang aku boleh buat sepanjang empat jam clinical observation tu.


1. We handle machines. ( All those machines macam tympanometry, Pure Tune Audiometry etc.. )
2. We handle kids ( tapi untuk clinical sahaja just main dengan dia orang untuk dapatkan result test. )

-- Aku rasa macam nak upload je report clinic haritu. Bhahaha. Aku malas nak tulis. Cedok lah apa korang nak cedok. Kahkah. Ini pun out of 4 hours kitorang kena buat report untuk 1 hour saja. Pilih mana yang terbaik yang korang nak. Ayat toksah cerita lah merapu dia macam mana, buat kerja last minute. Grammar terabur. Aku check pun lepas submit. Haha. Apa lah gunanya. Pukul empat petang baru nak buat, pukul sembilan malam dah kena print. Wuwuwu. Itu belum cerita termenung lagi, fikir apa aku nak temberang. Seriyus hidup masa tu disaster sangat sampai aku malas nak hantar dan nak redha je. Tapi report 30% kot markah dia! Bahaha. Anyway, 1000 words for each report. 1k untuk report klinik speech, 1k untuk report klinik audiologi. Dan aku dapat A untuk report. Kahkah. Kalau lah give up dulu, kan tak pasal-pasal merana.







Aku rasa benda ni dah macam sum up benda apa yang kena buat masa klinik yang sejam tu. Hahaha. Kalau general klinik tu, macam orang awam datang appointment untuk cek telinga dorang. So kita conduct test, or maybe dorang check up untuk follow up keadaan dorang yang lain. Tapi kadang-kadang bila handle budak-budak, ada yang buat ni dorang dah special dari kecik. Macam kes A dekat atas ni, A memang tengah tunggu queue untuk cochlear implant. Telan air liur aku bila clinician borak dengan parent pasal kos dia. RM60k untuk sebelah telinga. Wuwuwu. A tu comel sangat serious. Gebu gebas melepak kulit dia tapi itu lah. You lose some and you gain some kan? Tak semua benda kita boleh dapat dalam hidup ni.

3. Ada juga test lain selain yang dimention dalam report atas ni. Macam ABR. Test yang membuatkan aku sekali nak tidur dengan patient-patient tu. Haha. ABR ni macam patient tidur dan kita tengok electrical activity dalam otak ni. Lebih kurang macam tu lah. Tapi aku patut sempat untuk observe klinik ni tapi patient tak datang ke aku ada kelas or observation hour aku dah complete.

4. Tahun 1 dengan Tahun 2, belajar lecture macam biasa. Pergi kelas, balik kelas, ada jugak lah amali sikit masa second year, belajar masking etc etc. Third year baru start klinik sampai fourth year. Tapi bukan klinik semata lah. Still ada lecture jugak, untuk penuhkan segala jam kredit itu semua. Kalau macam praktikal pulak, praktikal masa third year. Start OSCE semua itu. Macam test yang ada station-station macam OSPE, lol aku nak terang pasal OSPE pun macam malas. Sesapa yang dapat kos ni, kita redah je. Too much spoiler spoilt the mood. Hahah.

5. Aku nak stress kan lagi yang ini sekadar perspektif aku sepanjang tahun satu ni. Tak banyak lagi ilmu yang aku ada. Sebab aku pun tak start klinik lagi kan so aku pun tak tahu apa lagi benda lain yang ada dalam kos ni. Kekekeke. Tapi, apa yang aku tahu. It holds greater responsibility dalam society. Kalau dulu aku macam jarang lah nak fikir pasal orang yang kurang kemampuan untuk mendengar ni, tapi lepas tu kesedaran tu makin ada. Dan kalau nak tahu, memang raaaaamaaii yang menghadapi masalah pendengaran sekarang ni. Tapi awareness yang kurang.

Tiba-tiba rasa nak kongsi pasal the rest of clinical hours.

First clinical observation aku haritu pun ada sorang budak laki ni, tough gila, aku yang cuak -- okay rupanya dia umur dalam lima belas ke enam belas gitu. Tapi dia dah tak sekolah dah. Aku dengan Ikah duk menunggu senior dengan clinician dekat depan klinik optometri, memang dah nampak dia dah tengah tunggu dekat luar tapi tak sangka masa tu dia yang akan buat checkup. Telinga dia keluar air macam tu lah. Bila dah keluar air ni of course lah terganggu dan pendengaran pun jadi low kan. Some what ada problem dengan gegendang telinga dia lah. Aku lupa penyakit asal dia. Kira clinican tanya macam ni lah.

"Awak ada dengar benda kuat-kuat ke dua tiga hari ni?"

"Earphone jah.."

"Meriam ke apa tak ada?"

"Takdo.."

Pastu kawan dia gelak. Aku tengok muka kawan dia, agak macam ada je. Bhahaaha.


"Adik ke ni?"

Aku tanya kawan dia tu.

"Dok lah. Saeng rapat dari kecik.."

Memula kawan dia ni duduk luar, tapi aku suruh lah dia masuk sebab nak tengok kawan dia tu. Tapi dia masuk jugak. Nampak kawan dia macam bosan sikit masa test tu, dia sengih gelak-gelak dekat kawan dia. Hidup balik kawan dia tu.
Lepas tu kat situ terbit lah rasa kagum dekat dorang. Walaupun pendidikan tak ada lah setara mana kan, tapi sekurang-kurangnya ada orang lagi yang nak mengaku kau kawan baik dia walaupun kau tengah ada masalah masa tu, kau tengah ada penyakit or whatsoever. Kita yang kadang-kadang rasa dah cecah tahap tinggi ni pun, kadang-kadang duduk sorang jugak ye kan?


Ini jam bila entah, ada seorang pakcik ni. Memang telinga dia berair habis dan ada bunyi dalam telinga. Benda ni kita panggil "Tinnitus". Boleh cari kalau nak tahu lebih lanjut. Biasa memang orang yang datang klinik akan ada masalah ni pun. Tak semua lah. Pak cik ni memang file dia dah ada dah dekat klinik, tapi kena lah jugak buat history taking semua. Rupanya cerita dia ni dia dah lama dah ada penyakit ni datang semula lepas dia refer haritu. Dan patutnya dia kena refer hospital lain, tapi macam mana entah kes dia bawak ke hosp usm macam tu lah. Hahah. Aku lupa -..- Tapi dia tangguh punya tangguh sebab anak dia sakit. Ayat dia aku paling ingat.

"Anok sakit itu hok tangguh tu. Bilo anok sakit, sakit kito, kito tok caro ddoh.."

Hahaha. Betul ke bahasa Kelantan aku ni? Haha. Lantakkan aje.

Teringat ayah aku masa tu. Haha.

Aku dapat dua kes budak kecik, dua kes dewasa. Kira macam okay lah.

Entah. Bila kau masuk klinik ni kan, kau lagi fikir pasal kehidupan. Duk belajar pasal satu bahagian badan ni pun dah macam ni kan, apa entah budak Medik lagi kan. Hee.

Kau jumpa berbagai manusia yang kita sendiri tak tahu apa masalah dia sampai dia datang dekat kita dan kita conduct test.

Ini baru empat jam klinik kot. Itu pun observation baru. Belum masuk clinical year lagi kan. Never know what future hold.

Anyway,

Tell them what we are, not tell them what we not.

-- Aku dah cakap hahaha entry tak membangunkan otak langsung. Aku pun doubt nak post. Haha. Maaf jika ada yang kecewa. Haha. tapi sebenarnya bagi aku lah, aku dapat je gambaran kerjaya dia cemana.

Kami bukan medical doctor.

Kami Audiologist.

Kalau lah kita tahu kan?

"Pada umur sekian sekian sekian sekian sekian, kamu akan menghadap Aku kembali.."

Gasp.

 Cuba bayangkan kalau kita pernah buat janji ni sebelum lahir. Atau mungkin pernah. Wallahualam.

Dan umur sekian sekian tu sebenarnya pada umur dua puluh tahun. Atau mungkin dua puluh empat tahun atau tiga puluh tahun dan etc etc.

Kalau lah kita tahu kan?

Dua tiga hari ni aku selalu terfikir, macam alah kesiannya anak dia, isteri dia, muda lagi kot. Umur tak sampai tiga puluh lagi ( refer to the co-pilot ) or muda-muda lagi semuanya, dah meninggal. Umur anak dia sama dengan aku kot ( refer to the whole family )

Ha cenggitu lah selalu berpusing dalam kepala. Tapi this thought bukan apply untuk MH17 je, untuk semua. Segala umat sejagat yang ada dalam dunia ni.

Tapi aku selalu lupa yang memang itu dah janji Dia.
Tua atau muda bukan syarat untuk mati, tapi syarat untuk mati adalah hidup.

Kalau nahas ni tak terjadi pun, memang mereka akan mati kan pada waktu itu?
Mungkin dia pergi sebelah isteri dia kalau dia tak terbang ke Amsterdam. Mungkin satu family itu akan mati atas sebab yang lain.

Kalau lah kita tahu kan?

Kalau lah kita tahu yang esok kita akan mati atau dua tiga jam lagi kita akan mati.

Aku tak rasa aku tengah menaip kalau aku tahu.
Dan kalau kau tahu pun, mungkin kau tak akan baca apa yang aku taip ni.

Had a some sort of conversation with ibu and we came to a conclusion like ;

"If we knew how the life is, we wish we were never born.."

But still.

Some things should remain a mystery.

Friday 22 August 2014

Rindu.

As you breathe right now, another person takes his last. Stop complaining, and learn to live your life with what you got

Dear you.
The old me,
I miss you.
Damn much.

Aku rindu apa?
Entah lah.

Entah.

Thursday 21 August 2014

Nafsu

Bila lapar rasa nak marah.
Lapar tu sebab adanya nafsu makan.
Marah tu sebab adanya nafsu amarah.

In the end, hidup ni memang diselubungi nafsu.

Aku tak faham macam mana orang boleh cakap seseorang tu bodoh apabila melakukan dosa.

Yeap.

Tapi pokok pangkalnya kawalan nafsu.
Bukan kawalan otak mahupun segala sel-sel di dalam kepala.

Dia tak bodoh apabila tunduk kepada nafsu.
Tapi dia bodoh kerana tidak menjaga iman.

Aku pun tak terkecuali.

Rumit.

Nafsu tidak boleh terhapus, tapi ia mampu diurus.

Nafsu mampu diurus dengan rajin berpuasa etc.

Tapi tapi tapi

Puasa adakalanya menyebabkan sesorang tu penat dan lapar.
Lepastu rasa nak marah.

Okay, boleh baca ayat pertama semula.

Kan aku dah cakap.

Rumit.



Jawapannya tetap iman.

- Random thought sementara menunggu waktu berbuka. Nafsu aihhh.

Journey.

It seems like I need to start everything all over again.




Biiznillah.

Tak ada yang senang dalam hidup, termasuk mengejar impian.

Goodnight :3

Tuesday 19 August 2014

IC hilang, Kad ATM hilang, macam manaaa?

Shawl ditarik kasar. Dia melepaskan keluhan berat. Izzah menikmati deru pantai yang menenangkan jiwa. Eh? Tetiba. K. Novel sangat. Heww. Aku baru balik dari settlekan hal IC, kad ATM bagai ni. Waka waka eh eh betul.

Kad pengenalan hilang?
Apa yang anda perlu buat? Oh ya! Senang sahaja. Pergi je dekat JPN dan sedia lah membocorkan poket anda *sedang melihat RM150 terbang dengan kepak ayam berperisa barbeku T_T*

Ni rate denda atau kompaun kalau kehilangan kad pengenalan MyKad.




Guess, No money no talk ey, got money okay, we can talk.

Sekejap sahaja settle kan hal IC ni pun. Tapi itu lah, kenapa aku kena sampai dua ratus? Kakakaka. Sebab IC aku dah dua kali hilang! Sobs.
Okay. Yang kali pertama tu sebenarnya tak hilang pon T_T
Itu pun tahu lepas dah siap buat IC baru, baru jumpa IC lama tu. Aku nak PMR sangat masa tu, so kena lah buat IC cepat-cepat, karang tak exam pulak aku kan. Lepas tu baru jumpa elok je dalam almari. Chincauu masam betul! Tapi masa tu bayaran dia RM10 je. Takde harga kompaun beratus-ratus ni. Murah masa tu, sekarang aku yang merana.
Anyway, memang kalau lima kali hilang dia akan buat siasatan, in case ada duk jual ic ke apa ke kan, tapi kalau macam OKU tu ke apa, dia kata boleh consider. Lu perli wa ke apa? Hahahaha.

"Eh, hilang kali kedua?"

Aku angguk perlahan.
Haha. Buat muka sedih pulak dah. Okay, tak sedih pun. Bayar je la kan, nak bising sesedih buat apa. Koff koff. Bapak aku bayar sebenarnya. Hahaha. K. Salah aku jugak dan salah orang yang mengambil jugak. Konghaja punya orang yang amik purse aku T_T Siap lah kau nanti, mohon cari aku dekat padang Mahsyar. Wuwuwu. IC ada alamat rumah kot, kalau betul lah jujur, pulangkan lahh. Amik je la duit dalam tu.

Okay. Tapi walaupun aku patutnya kena bayar RM210 ( denda + permohonan ) , tapi sebagai student yang berwibawa, aku dapat lah potongan 30%. Pun boleeeeeeeeh laaaaah. RM60 tu berharga tahuu. Tunjuk je matric card anda itu. Kalau bukan student, kena bayar full kot.



Okay. Ini dokumen sementara. Macam pendatang asing dah dokumen besar cenggini. Wkwkwkwk. Esok siapppp.




Ayah guwa pun tukar IC baru tadi. Tapi RM10 sahaja.


Lepas pergi JPN, pergi bank rakyat pulak. Baru terkedek nak block kad dekat kaunter. Padan muka. Patutnya lama haritu dah aku kena block kad ni tapi disebabkan baki kad pun ada berapa je kan, so rasa macam hmmm hmmm tak payah lah. Hahaha. Lagipun aku selalu je tengok online banking aku punya baki lepas kad hilang, tak ada yang berubah pun. Aku yang menghabiskan duit beli barang online adalah. Haha. Orang nak hack aku punya kad pun sia-sia dia je perah otak sebab baki pun nan hado.

Kalau hilang kad ATM macam mana? 


Pergi je bank rakyat atau bank korang. Atau call je hotline dia untuk report. Tapi macam aku, aku memang nak blok dekat kaunter je. Then, kena isi borang dulu. Lepas tu bagitahu je dia kad hilang. Dia mintak IC tadi. Lepas tu, aku terpaksa bagi dokumen sementara ni aje. Sebab ayah aku dah cuti harini so macam kalau nak tunggu esok payah lak kan. IC pun sah aku kena amik petang esok. Nanti takut tak settle lagi susah. Dia macam tak nak kasi lepas je sebab tak ada IC asal, tapi sebab aku cun, haha tetiba tak ada kaitan, dia lepas kan je lah. Aku dah siap fotostat dokumen sementara dengan surat beranak dah, kot lah dia nak dokumen sokongan ke apa kan. Tapi dia nak IC je pun. Atau dalam kes aku dokumen sementara yang asal. Okay siapppp! Dapat kad baru. Mwehehe. Oh anyway, RM8 will deducted from your account.

It's all about money money money~


---

Selingan; 

 Tiga kedai aku cari tailor yang boleh buat kebaya kimono untuk interaction day nanti. Kalau kain tak sepesen untuk satu course, dah lama aku beli online sahaja T_T
Semua pandai jahit baju kurung sahaja. Tunjuk gambar pun tak reti jugak. Lepas tu aku jumpa lah satu kedai aunty Cina ni, okay dekat Temerloh ni kedai tailor memang Chinese belaka ya. Dia je nak amik. Lepas tu dah lah macam tak customer friendly, aku ppuk sekali karang tahu lah. Lantak lah kan. Cakap kain tak sesuai lah apa lah, hek eleh. Relax ah. Aku yang pakai. Kahkah. Lagi pun mulut cam nak tak nak je kan cakap, aku konpius la dia ni reti ke idok cakap bahasa Melayu, kang aku cakap omputih kang kejam pulak rasanya. Eh. Emo. Kahkah. Padahal okay je pun. Tak kisah lah. RM90 laaagi melayang untuk benda yang aku rasa agak err sia-sia. Ini memang guna duit aku hokkayyy.
Aku redha je nak suruh ibu jahit, tapi dia tak pandai. Hek ena. Dulu pandai je. Wkwkwkw. 

Konklusinya, belajar lah menjahit weh. Senang! Dan golongan muda-mudi yang sedang belajar menjahit/fashion ni, mohon lah belajar menjahit baju yang fashion terkini. Bukak kedai molek-molek, pandai jahit baju yang memacam senang sikit orang macam aku yang banyak kerenah ni. Hahaha. Iols demand kayy. Duit aku suka hati lah kan. LOL.

Dan belajar lah menjahit weh faraa! Toksah nak harapkan orang. Tapi..tapii... haha.

Aku still rasa mahal. RM90 upah + RM30 kain = RM120 ! T_T
Nasib baik puas survey kedai masa cari kain haritu. Kalau cecah limanamploh untuk baju interaction day tak berbaloi rasanya. Untuk aku lah. 


Lepas tu belanja perut dengan roti sardin dekat mamak. Hahaha.



* ek eh, ajet ajett zill faezrul ke ayoh? Hahaahha*
    



Dah. Jom lah kita tidur. Hahahaha. 



Monday 18 August 2014

WTH?

Haha. I do some random blogwalking just now and yes nothing much caught my attention.

Except for this one. Bahahaha.

Come on girl, it's 2014 and you are still using rempit language? Bhahaha.

Okay, honestly i dont know why people called that "awuckkk" , "nierwwwwww" , "tarperwww" as rempit language, seriously i have no idea. It is such a disgrace for rempit people, to be honest. Hahaha.

But seriouslyy?!

"DerKaWt sunGai tOo..KiteRww Jumperww...."

- it tooks me about 15 second to complete this words! Hahah.

"Dekat sungai tu, kita jumpa.."

- Aha! Less than five seconds.

Bhahahaha.

You go to school as early as 7.00am and come back around 2 or 3pm, and it cant even eduacate you to..at least spell correctly?

I wonder how you can bear with the tiredness of hitting the screen or keyboard, just to add some unnecessary alpahabet?

Well, i admit that i have done it with my friends, yeah maybe for several times. Just for fun or to make people annoyed, but seriously tons of entries with rempit language is not cool. Hahaha.

Please. Spell correctly !

---

I gotta admit that i am the one who really concern about the way I write.
I mean, after you put comma, space, then you can start a new word.
After a full stop, space, then you can start a new word.
Three or more full stops after a word, irritate my eyes. Bhahaha

It's not about being too strict or skema about something.
It's my pleasure to treat my eyes with something nice anyway. Haha

Well yeah. I dont care much about other people. Just stick with your writing identity. You do what you love.
It is just enough for me to hate it and to avoid it.

"Hey awarkk...JaNgan larwh cyUs sanGaddd....."

Pelempang kau nak? Hahaha


- Aha. Anyway, this grandpa never fail to impress me with his 'straight-lined- eyes. LOL.



Hai Melayu!

Entri copy paste from FB. Tak tahu siapa pemilik asal karya ni. Boleh bagi tahu aku untuk kredit karya. Tapi, realistik kata-katanya.


Hai melayu!
Rumahmu semua dibina indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
Warga bangla pula menjadi jaga,
Orang nepal yang menabur baja,
Orang pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?
Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar
Kau melayu aku pun melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.
Hai melayu!
Jari mu hebat bertutur di Facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,
Kau cuma tahu bergaya,
Hai melayu!
Kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Kerana Malaya bukan lagi milik mu !
Aku pun melayu,
Engkau pun melayu,
Bodoh sombong harus di tepis,
Riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
Bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.

Hakikat kan? Aku bukan rasis. Aku bukan dalam kalangan yang rasis yang pantang melihat bangsa lain, semua dikelar, semua dicantas, macam lah bangsa aku ni tak ada noda.

Tapi masih, aku Melayu. Identiti itu ada dan aku bangga.
Hakikat yang dinyata pun aku kena terima.
Berhenti cakap kosong, yang gagah hanya di jari. Mulakan langkah.
Semuanya bermula dengan kita, hai Melayu !