Wednesday 14 May 2014

Teh O Ais

Cerita ceriti harini nak mengarut pasal Teh O Ais. Pergh gila heaven kalau dapat minum sekarang. Kisahnya dua hari lepas, Isnin aku dengan Yana kena in charge iftar dan ada sedikit pengisian masa Maghrib-Isyak tu. Ceritanya habis kelas awal dah rasa dalam pukul 5 macam tu tapi duk melepak dulu dalam bilik orang lain sampai tak ingat dunia lepas tu punya kalut nak dekat Maghrib tu masa tu lah nak mandi segala. Okay tipu je kalut tu, 6.30 petang tu baru mandi sebenarnya.
 Mula-mula pesan dekat Lina suruh beli ais dekat kafe sebab dia memang plan dah nak melepak dekat kerusi batu depan DM ni ha.. tup-tup cik akak tu cakap ais habis lah pulak. Gila kau tak kalut. Sebab mana ada kordial apa lain entah selain teh yang ada dekat bilik kak Fifi. Pulak dah satu cerita nak pergi bilik kak Fifi nak amik teh. Kalau ikut nak bawak air masak je tapi jahat sangat sebab dah pesan suruh bawak makanan sendiri haha. Lepas tu turun lah dengan bawak jug subsidi Pusat Islam kahkah. Pecut pergi D'Hall nasib baik kakak tu baik hati nak jualkan ais untuk kitorang. Yana pulak pecut pergi ambik gula dengan teh dekat bilik kak Fifi. Lepas tu fikir ais ada, teh ada, gula ada mana nak dapat air panas? Kalau lah teh tu boleh magically larut dalam air sejuk toksah fikir panjang kan? Pergi balik D'Hall sebab ada water dispenser situ tapi sadly tak boleh guna. Hoihhh.
Lepas tu Yana baru teringat yang dia pernah bancuh susu adik dia dekat surau, ada water dispenser situ. Bergegas lah balik ke surau. Murrobiah ana kahkahkah pulak dah call sebab dah azan. hahaha dramatic gila bak ang hidup. Dannn bertuah sungguh sebab benda tu boleh guna tapi tahan muka malu sebab ada lelaki dah start amik wuduk dan water dispenser tu dekat area situ. Ah tak kisah yang penting air panas yang mengalir ayu macam air mata tu mampu melarutkan tea bag tu haha.Sadis sangat buat air kat tangan dan guess what haram ada sudunya. Memang main goncang je jug tu. Gula pun tuang separuh plastik. Jeng jengg. Akhwat dah start berbuka tapi nasib ada yang bawak air tapi atas dasar humanity takkan kitorang datang tangan kosong kan?Boleh tahan lah rasa air tu. Tawar sikit tapinya sebab kahkah tu gula akak buat salut donut haritu. Punya tak perasan tu gula halus. Tapi yang penting basah tekak lah. Yummehh.
Ada sesiapa nak bangkang cakap buat air teh senang?


Nobody said it was easy.
No one ever said it would be this hard.


Mohon ikut rentak lagu Coldplay Scientist.

Kchow. Nak buat assignment. Kboi. Ada dua test esok dengan assignment yang baru 30% siap tapi ada hati nak tengok Battle of Band ini malam. Memang nak mintak penyepak.







Tapi tapi lek dulu. Petang-petang ni selain dapat Teh O Ais ni kita tidur dulu. Kan nak stay up malam ni Hahaha puii. Boleh tanam diri.



No comments:

Post a Comment

Nak pinjam lipstick !