*Hamboi tajuk tak leh panjang lagi ke. Haha.
Ah ha ! Hadek-hadek, hakak-hakak, habang-habang. Berita baik! Berita baik. Ya ! Permohonan Yayasan Bank Rakyat sesi 2014/2015 telah dibuka ! Selaku salah seorang penerima Yayasan Bank Rakyat rajin pulak lah kan aku nak promot. Huahua. Tak nak pinjam PTPTN ? Bank Rakyat kan hado! Hahaha. K.
Maaflah. Saya tak reti berformal ketika menulis di blog T_T
Yay ! Nay ! Gigih tahu aku mengakses website yayasan bank rakyat demi rakyat sejagat. Haha. Isi oi isi ! Isi cepat ! Dua bulan je tu tarikh bukanya. 1/8/2014- 1/10/2014 . Bukan susah pun isi borang. Online. Takyah letak air liur dekat setem pastu gi post dekat pejabat pos pun. Ceritanya aku teringat ni pun sebab aku teringat yang bank rakyat tak reply lagi email aku pasal result. Sobs. Mati lah guwa kalau dia terlepas pandang. Miskin aku sekejap kalau macam tu. Huahua. Sebab masa aku pergi induksi haritu beliau kata setiap email result akan dibalas, baru duit masuk tanda dorang dah rekod result kita lah. Gitu lah lebih kurang. Lagipun makin lambat uni kau release result, makin lambat laaah duit nak masuk. Hahaha. USM ni kira tetengah la result dia, tak cepat, tak lambat. Provisional keluar dua minggu lepas exam, result betul keluar bebetul sebulan lepas exam.
Ye ah. Ikut pointer kannn duit masuk ke tak masuk.
Aku cerita sekejap lagi kay pasal ni.
Ada je instinct pasal duit ni, aku bukak lah email.
Hahahaha yeayyy ! 3-4 minggu pon boleh laaaahh YBR ! Asal encik jangan biarkan saya papa kedana lama sangat bila masuk sem baru. Wahaha. Gembira rasa hati, rasa sayang, sayang hey !
Aku pun kelabu asap lah sikit weh nak meningat prosedur pinjaman boleh ubah bank rakyat ni. Lupa sikit. Sebab dia punya proses antara satu ke satu proses tu makan masa lama. Macam PTPTN kan, kau settle satu borang gedebuk satu set tu. Ttup. Siap. Duit masuk. Haa. Gitu, tapi kalau pinjaman boleh ubah bank rakyat ni ni banyak amat proses dia.
First, kita daftar dulu akaun dekat website bank rakyat. Senang nak keep track lah kalau ada akaun ni. Maklumat boleh tukar lagi semua. Baca syarat-syarat dia tu. Tapi kalau tak lepas pun, try je. Peduli hapa. Haha. Aku memula malas isi sebab dia ada syarat ; untuk pelajar miskin. Kalau syarat tu ada, memang aku malas ah nak mintak, bukan sebab aku kaya tapi kalau setiap benda ada syarat tu mesti aku tak lepas. Yayasan Pahang pun aku tak lepas. Eleh, gaji mak bapak besar dalam slip je bang. Kami cukup-cukup makan je bang. Hutang banyak jugak! huahua. k. Tapi aku try je, masa pergi induksi haritu bukan susah pun semua orang. Pakai Alphard pun hado parentnya. Wait. Adakah aku tengah judge kekayaan orang dengan kereta yang dia pakai? Okay. Cetek sungguh pemikiran tetiba. Tapi ini seriyus. Yang penting cuba hokay.
Second. Isi borang. Wait. Aku rasa aku simpan screencap masa aku isi borang. Haha. LOL. Pelik pulak sebab aku banyak sangat simpan benda macam ni. Alah, itu pun berkisah sebenarnya. It was hard hokayy nak completekan satu borang tu! Entah apa kena entah. Cerita segala disaster tu pun mula sebab masa aku isi borang ni, dekat nama someone tu ada tanda '. Ala macam arab-arab sikit tu. Sampai dua laptop aku guna nak isi satu borang. Kot lah laptop aku problem kan. After berpuluh kali try, berjaya jugak sebab aku fed-up habis, aku kasi delete ja itu tanda. Haha. Devil betul!
Ini masa aku isi dulu. Aku pun tak pasti sangat part yang permohonan hanya dibuka untuk tahun 1 tu aje sebab haritu Song ada call bank rakyat dia kata boleh aje dah masuk second year pun nak apply. Aku ada tanya gak staff lain haritu, dia kata pun boleh je apply bila-bila masa bila permohonan dah dibuka. Permohonan pun dibuka untuk master/phd tau. Rugi, seriyus rugi kalau tak mau try isi bank rakyat ni. Bank Rakyat, Bank Komuniti Anda. Haha. Ecey cey cey. Macam dalam berita. Haha.
Third. Okay. Jika permohonan anda diluluskan, anda kena menjawab test. Ya, test! Huahua. Test ni dia ada pembahagian dia, ada beberapa kategori. Contoh ; A - Pasal Bank Rakyat B - English C- Mathematic D - Science E - Logical / Creative thinking. Eh, ye ye je aku punya kategori ! Hahaha. Lebih kurang lah. Tak ingat lah wei. Aku duk godek email tak jumpa pulak, dah delete kot. Maybe masa aku kemas-kemas email tu haa aku dah delete. Ye lah, dah dapat ye dok. Kalau tak dapat, berkurun lagi kot aku simpan. haha. Tapi lebih kurang lah. Dalam 40 soalan kot 30 minute ? Test ni sekali je tahu. On or off. Kalau tercancel tu jawabnya air mata menjejes la jadinya haha. Make sure laju yer internet connection anda. Aku pun buat bila dah masuk USM jawab test ni, streamyx ni kenkadang problem. Tak pasal pulak jadinya karang.
Masa jawab ni please ajak ramai-ramai. haha. Tak terkejar kot. Aku jawab haritu pun dengan bantuan Kak Pade dengan Ikah. Haha. Tak senonoh betul jawab tetengah orang nak maghrib dah time tu. Mahu cuak tengok countdown dekat tepi tu. Soalan matematik dia lebih kurang macam form 3 form 5 gitu lah. Ada index semua, tapi tak ada lah sampai integration bagai. English pun basic aje macam grammar semua tu. Pasal Bank Rakyat tu tough la, yang itu kami duk google laju-laju. haha. Tu aku cakap, internet kena laju selain daripada kena jawab soalan tu, senang nak google. Terhutang budi betul lah aku especially dekat Ikah, Kak Pade pun. Kahkah. Sila lap air mata Ikah. Aku tahu hang terharu. Hang pon kaya jugak dapat JPA. Muahahahaha.
Gap masa dia lebih kurang masa aku isi borang ni dalam hujung bulan lapan cenggitu, keputusan dia keluar lepas sebulan macam tu lah rasanya. Dan tempoh tu jugak kena jawab test dia. Senang cerita, keputusan dia dalam sebulan dua lepas masuk USM, jawab test tu antara sebulan dua tu dan mid sem break. Sebab aku jawab test tu masa dah balik USM daripada cuti mid sem dekat rumah. Tak pe, YBR akan selalu hantar email. Yang penting, selalu check email okay? :)
Fourth. Biasanya lepas dah jawab test tu, dapat je kot? Aku pun tak pasti. Rasanya test tu sebagai ujian saringan je kot. Masa aku haritu, keputusan dapat atau tak tu dalam bulan 12. Lebih kurang 20-21 Disember 2013 macam tu lah. Nanti YBR akan hantar email pasal pemberitahuan permohonan dan email pasal borang akan menyusul seminggu macam tu lebih kurang ( 26/12/2013)
Kalau google blog lain pun ada je info pasal ni, tapi sejak tahun lepas YBR dia ada tukar sikit dia punya syarat. Kejap. Nak korek balik borang lama. Haha.
Tapi yang ni yang sekarang. Masa first borang, YBR hantar syarat macam ni jugak. Tapi dalam seminggu tu dia hantar email pasal ralat. Aku ingat kan hape lah kan. Rupanya ada sikit pertukaran syarat dalam borang perjanjian. Dah kena print baru. haha. satu page tu aje lah tapinya. haha.
Pointer aje naik sikit. Huahua.
Itu untuk degree lah. Kalau untuk peringkat lain macam ni pulak ;
Lepas dah settle semua ni, hantar borang. Kena settle dalam sebulan je. Aku pun kalut jugak lah time tu, sebab masa tu memang tengah study week. Tapi masa ni memang semua tengah kalut dengan borang pun. Budak JPA pun tengah isi borang dengan settle kan borang dorang jugak. Itu pun parent aku datang Kelantan masa study week sebab nak settlekan hal PTPTN. Oh ya, aku sempat pinjam PTPTN satu sem tapi itu lah, 1k je wok aku dapat. Mana cukup ! Yuran pun dah 1.2k lebih, mintak sponsor mama papa tu boleeeh tapi ye la, segan je nak minta duit tetiap minggu/bulan. JPA wa tak lepas, sebab tu amik YBR. Kah! Haha.
Borang boleh dihantar pos dan ke pejabat dia sendiri. Alamat rujuk atas. Kikiki. Aku haritu pergi je ofis dia. Senang. Tragedi jugak lepas tu. Aku hantar borang, memang dah buat double triple cek. Sekali lepas balik tu aku pergi shopping. Kah. Tengok banyak pulak missed call dia. Cakap gambar aku hilang. Ya Ampun, aku dah cek banyak kali dah. Sedih wa, aku rasa tercicir dekat dalam ofis kot, sebab dorang kumpul borang satu bilik, seriyus bapak banyak borang! Berpinar mata ! Hahaha. Salute dekat staff ! :D aku sedih bukan apa, sedih sebab sian la gambar i kalau jatuh atas lantai, muka cung melecung dah. haha. tak de issue pun gambar tu, aku balik rumah, aku post balik guna poslaju. Settle. Thihi.
Lepas tu tunggu aje lah duit masuk. Okay. Ini merana hokayyy. Kau pergi induksi 14 Februari, dengan harapan balik tu ada lah duit masuk. Haha. Duit masuk 4 May T__T Lama oh miskin. Dah la sem dua aku memang aku dah potong PTPTN.
Aku borak-borak dengan budak Uitm haritu rasanya dorang dapat sikit daripada kitorang, sorry tak sure berapa. Masa nak isi YBR haritu dia ada cakap dekat borang tapi aku tak ingat, sebab aku bukan pelajar uitm pun nak masukkan benda tu dalam kepala. kehkeh.
So, dapat berapa? Muauahaha.
Alhamdulillah. RM4750 satu sem // gatal tangan huahua.
Kira setahun dapat RM9500 lah. Aku tak sure ikut Universiti ke gano eh. Tapi sama je kot. Yang penting memang dia dah state kan uitm dapat lain sikit. Sebab yuran kot. Masuk je duit, cek-cek akaun terus masuk RM6.7k gitu lah. Hahaha. Seghonoknyaa masa tu. Kahkah. Mana pergi yang lain? Anee anee, yang aku suka sekali YBR ni sebab dia settle kan terus PTPTN kita, so bye bye PTPTN ! Kita putus! kamu yakin?! Hahaha. Lepas tu tahun ni pulak ada insuran untuk peminjam. Potong dalam RM200++ camtu lah. Heee.
Okay. Satu lagi syarat nak dapat duit is kena pergi kem induksi. Kan aku dah cakap, banyak prosedur. haha. Okay. Next entry. Haus pulak. Eh eh memang taip guna tekak pun. Haha. Bye.
- Harap membantu. Apa-apa hal roger je gua dekat fb/twitter/komen. InsyaAllah boleh gue bantuin. Jangan malu jangan segan. haha. ( username : faraamiina )
- Sorry. Banyak bebel. Banyak melalut pulak tu T_T Harap membantu. Dan all the best ! :)
--- Hah. Republic USM tengah buat sharing pasal kampus kesihatan. Pergi follow sana bakal mahasiswa kampus kesihatan ! Hhaha.
twitter ; republicusm
----
** UPDATE :
>> SINI <<