Friday 8 August 2014

Money talk. Crap talk.

Salam jumaat yu olss. Have a bless Kahfi-day ! Ngee.
Okay okay. Saya merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang. Heuu. Haha tiba-tiba pulak dah kan. Okay cenggini. Aku harini kemain bangun seawal sebelum pukul 6 pagi, itu pun ibu kejut pasal problem presentation dia. Kah. Dia kena bagi talk harini. Kemain, siapa suruh last minute prepare? Haha. Dan dengan jayanya aku menanam tekad untuk tidak tidur selepas Subuh, rezeki susah masuk oh. Sebab tu rasa papa kedana je sekarang ni, selalu sangat tidur lepas Subuh. Hiks. Memandangkan dia pergi kerja agak lewat sedikit, makanya ada lah sarapan yang tersedia di atas meja. Awal gila kemain sarapan harini, kalau tak tak ada maknanya aku nak breakfast. Berlapar sahajalah sampai pukul 5-6. Kuikui. Eh eh aku reti masak, cuma cuma malas. Hahaha. Seperti biasa, pagi-pagi (kalau tak tidur lah), rutin dia semedang je sama. Kemas rumah, basuh pinggan dari Sahur or berbuka (since perut kenyang malas buat kerja nokss)

Pointnya aku nak lah buat benda yang ala-ala bermanfaat untuk harini seperti menghabiskan buku, menulis or whatever. Tapi malangnya, apa yang dirancang banyak dia sama macam buih di lautan, namun haprak pun tak jalan. Haha. Isi nasi dalam pinggan, mencari-cari mana-mana movie yang best untuk ditonton. Ya, sesungguhnya hari cuti adalah hari futur. Hancusss tarbiyah T_T Saya sedar itu. Lambakan segala jenis drama Jepun, k aku kurang minat / tak minat drama Korea buat lah aku tarik cerita lama. Bloody Monday. Doubting juga nak tengok BM 1 or BM 2. Last-last aku pilih BM 1. Okay spesis aku ni amat lah gemar beli DVD ori walaupun dalam lappy dah ada. Feeling dia lain oh. Hampir beriban ah jugak habis. Ye lah, satu DVD RM50, kira ah kalau ada 20 x RM 50. Tak ke seribu? HAHA. K. Dan aku ada koleksi lebih daripada itu sebenarnya. Fikir punya fikir kalau masuk tabung, aku dah kaya kot. Haha. Eh tapi tak jugaak, mesti buat benda lain kan. Itu tak kira zaman hingus meleleh minat Kpop tu. Ahh kira je lah duit tiket konsert segala album yang ada, pheww. Nasib aku dah bertaubat. Haha. Mahu papa kedana aku yang tak berduit ni.

Akhir kalam, aku tak berjaya mengohsemkan hari aku walaupun bangun di awal pagi dengan jayanya. Tapi sekurangnya aku dah siap kemas rumah dan membasuh segala. Haha. Bosan tengok dvd dekat TV aku pun larik naik atas, bukak laptop.

Ingat nak menulis. Lama jugak termenung dekat skrin putih sambil bermensi dengan Peda dekat Twitter.



Aku mengeluh kejap.



Lama-lama dvd tu aku masukkan balik dekat dvd drive. Ya, sambung menonton. Haha.

Hancus.

- Al Kahfi sepam jangan lupa. Futur futur juga.
- Gelap nya hati mak ai, sedar dosa tapi wat lek. Apa dah jadi?

No comments:

Post a Comment

Nak pinjam lipstick !