Wednesday 6 August 2014

Gadget talk !

[This is so gadget talk]

; Note 3 camera review !

Aku tengah wonder pasal quality camera Note 3. Okay ke tak sebenarnya eh? Dia macam kadang-kadang okay, kadang-kadang hampeh. Never search for any review before and after buying the phone haha. Lol kalau ini first Samsung from Galaxy family batak jugak lah aku menggodek but unluckily it is not. Berapa ketul je apps aku download. Haha. Game tok sah cerita. Sayu je hadek-hadek sepupu aku konon nak main game dekat phone aku tapi dorang tak jumpa satu pun. Haha. Rasa macam kemenangan yang epik sangat. Ahaha. Aku tak main lah game-game ni. Special feature dia pun harem aku nak amek peduli. Haha. Again, sebab changing from Samsung to Samsung doesnt make any big differences. Kit-kat Android Version pun malas aku nak amik peduli. Orang beriya buat pro and cons dia. Haha. Tapi yang aku tahu setakat ni,  battery jimat oh tho guna wifi 24/7 and and up to 24h packet data. Sebab aku tengok review untuk Kit kat haritu dia kata battery cepat drain. Tak tahu lah pulak. Aku pernah biarkan phone aku dengan on wifi, dari pukul 7 pagi sampai 12 tengahari. Without charging and use lah *sebab aku tidur* haha, and battery 6% to 5%. Ke maybe sebab phone masih baby? Haha. Tak jugak. Berbulan dah belinya.



Okay. Ini front camera. I gotta say kalau outdoor pergh memang terbaik oh gambar. Eh tak tahu la pulak kalau Blogger reduce quality dia bila upload.




Nah. Pokok cili rumah wan. Haha. Okay kan gambar dia?



Yang ni pun menjadi.


Okay. Secondary camera pulak. Ampun ah aku jarang guna secondary camera selain untuk berselfie. Hahahaa. K. Dan ofcourse gambar selfie sensorang yang gedik sambil tersenyum mintak dua belah tapak tangan dan dua belah tapak kaki melekat di muka adalah amat tidak wajar aku post sedebuk sedebik. Haha.



Aku tak rasa gambar dia cun sangat. Haha. Blur je.





Okay. Low gilaa kann? Kadang-kadang lambat duh nak capture, nak focus bagi sharp. Ke aku je tak pandai nak setting? Haha.




Yang ni secondary versi outdoor. Okay jugak kan?

Caption : Kau nak penampar ke? Hahah. Oh my muka kerek bloated habis dengan seketul jerawat!

Haha. Aku pun konpius sebenarnya status kualiti dia ni.
Ke yang penting hati yang ikhlas beserta lokasi yang wajar bersama lighting yang jujur? Haha. I guess so.

[Tiba-tiba rasa nak compare dengan Apple. Haha]

Stress jugak sebenarnya. Hahaa.
Iphone 5s okay ke camera dia? I doubt between Iphone and Note 3 sebenarnya masa beli. But jyeah, aku lebih pentingkan fungsi dari glamour. Haha. Ipad, Macbook Pro dan aku nak tambah Iphone? Rasa macam guna benda yang sebijik sejibun sama tapi lain size. Lagipun aku rasa Android macam friendly user sikit ah. Aku try Bluetooth guna Ipad bila update ios ni harem jugak tak bolehnya. Last-last aku fedup. Haha. Apple banyak sangat ah nak bayar. Konon rare ah tu Apple. Haha.

Sebab tu laptop aku punya kemain lama nak cari Adobe Photoshop dengan After Effect. Toksah cerita ah Final Cut Pro ke Sony Vegas ke hapaa sebab susah betul nak dapat. Tapi tak menyesal ah beli. Yang ni bebetul aku rekomen untuk dibeli. Haha. Beli lah Macbook Pro. Serious bedsheeet awesome.

Eh eh. Mabuk ketum ke hape. Tetiba lari topik phone ke laptop. Haha.

-- Aku dengar berita haritu trend Raya tahun ni Monopod dengan GoPro, beza dengan tahun lepas DSLR dengan Tripod. K fine. Tapi nothing beat the photography art. Untuk selfie suka-suka, taruk dekat Insta filter pulak dengan Vscocam boleh ah berkepit dengan Monopod dan Smart phone. Haha. Eh tapi aku admit, smart phone produce various artistic photos too. Belambak aje yang cantik-cantik. Tapi gila kalau nak chalen seni DSLR dan filem. Aku teringin nak pergi Amcorp Flea Market cari camera lama yang guna filem lagi tu macam Yashica Electro semua tu. Ada orang nak belanja? Haha. Dan kalau ada duit lebih aku nak grab lens baru untuk baby Canon. Berzaman lagi ah tunggu aku kerja cemni nak beli lens baru. Haha.

Eh eh. Mabuk ketum lagi. Tido ahh. Haha.

No comments:

Post a Comment

Nak pinjam lipstick !