Saturday 9 August 2014

Cerita plug cita-cita wonderwoman. Hahaha.

Gemerningg chuollss. Haha. Siapa pernah encounter situasi yang mulut kau masin gilaa taraf air laut bila bercakap? Haha. Meh aku nak angkat tangan.

Ceritanya semalam tengah aku duk sedap layan movie, batter laptop pulekk habis. Tengahari semalam entah kenapa panas semacam dalam bilik sampai membuatkan aku gigih ambil lagi satu kipas untuk kepuasan tontonan. Haha. Choy kipas siling ada, kipas kaki pun nak lagi kee? Maklum ah, aircond tak ada. Bila ah ibu ayah nak letak aircond. Haha. Eh tak payah, ni bukan bilik aku. Mohon letak bilik sebelah, yakni bilik aku. Haha. Tapi bilik ni malam sumpah wok sejuk, sekarang ni pun tengah berselubung dalam comforter sambil gigil artificial. Haha. Eh melalut.
Lepas tu bilik aku ni ada satu je pun plug, tapi aku nak guna untuk charger dengan kipas sekali. Gigih lah aku cari extension merata kat tingkat atas rumah ni.
Lalu aku jumpa lah extension yang ada dua plug. Ohemji. Just nicee. Laju-laju lah aku nak try plugin. Hampeh betuls macam nak kena carutss bila dekat extension tu satu plug je boleh guna. Ada plug plastik patah dalam tu. Plug charger patah kaki. Entah siapa punya entah.




Haaa. Cemni. Motif entah aku tangkap gambar. Nampak tak lubang first tu kena sumbat dengan benda hitam lain.
Memandangkan aku ni bercita-cita nak jadi wonder girl aku gigih lagi sekali mencari solusi nak settlekan masalah dekat extension tu. Geram ah sebab benda ada tapi tak boleh pakai kan. Dengan mengapply kan subjek sains dalam diri, aku ingat aku nak cairkan tepi tepi plug yang patah tu then tarik dia. Motif nak cairkan benda tu sebab nak kasi dia renggang dengan dinding lubang plug yang tersumbat tu. Aku pergi lah mencari lilin pastu jumpa dalam gelas. Kontot amat lilinya.
Aku pun tanpa hesitatenya bermonolog dalam ;

"Ni kalau lilin cemni, kalau black out mahu bergelap saja.."

Habis dekat situ sebab ala-ala fail jugak lah. Hahah. Tak lepas nak tarik-tarik. Lagipun masa tu orang dah Azan Zohor, malas lah aku nak buat benda sia-sia.
Aku tak dapat cari solusi, aku cari alternatif. Aku pergi rembat extension lain dekat bawah. Lagi berbaloi. Sebab ada 4 plug sekali. Hamek kau nak charge apa pun charge lah.

Masa orang azan Maghrib aku dah siap-siap ni pakai telekung, lepas solat tu aku lepak dekat bawah. Ppapp. Terus blackout! Hahaha. Tak sia-sia aku maghrib awal. Cuak jugak wa kalau solat dalam gelap gelita yang tak ada pelita ni. Nasib ibu ada, ayah aku dah pergi masjid sana. Cari punya cari lilin tetiba aku teringat monolog dalaman aku tengahari tadi. Kahkahkah. Rasa macam air garam meleleh keluar daripada mulut. Aku tak habis-habis menyatakan kekesalan atas keterlanjuran kata-kata aku dekat ibu. Haha. Choyy. Dah kalau nak blackout pun blackout lah jugak. Ye dok? Rupanya patut lah tak ada lilin putih melidi tu dalan rumah, ibu guna je lilin besar gedabak warna warni yang orang hias rumah tu. Aku ingat tak pernah berbakar menda alah tu. Haha. Sekian lama lilin-lilin tu menjadi hiasan rumah tak pernah pulak aku nak tengok sumbu dia dah berbakar ke tidak. Lol. Rupanya dah. Bagus. Bagus. Aku memang anti sikit benda yang wujud tapi tak boleh guna. Sama je macam certain manusia. Eh? Hahaha. Aku dalam gelap tu insaf lah kejap duk teringat orang Gaza yang kena bomb powerplant dia, dengan orang susah yang lain-lain tu. Haha. Tapi turn off pulak keinsafan aku sebab dalam gelap tu boleh pulak aku melantak burger dengan tengok movie balik. Ye lah, nak buat apa lagi kan. Phone pun kong tinggal 2% kalau tak boleh je guna torchlight phone ni ha. Terang benderangg menyinari alam. Baha.

Dalam pukul 8 lebih macam tu baru ada balik elektrik. Masa tu lah ibu tanya pasal extension dia dekat bawah yang aku dah cilok naik atas tu. Dia nak la charge la phone la kepunyaannya la. Aku cerita lah pasal kegagalan epik aku mengeluarkan the real criminal tengahari tadi. Ibu suruh pergi amik plug tu dan bukak skru beliau. Haha. Ibu nak buat tapi kan haruslah aku buat atas dasar cita-cita aku kan nak jadi wonder woman yang mampu membaiki segala dari tandas ke benda lain. Hahaha.

Gigih weh iols. Sekali lagi aku anti dengan kewujudan bendan yang tak ada guna. Haha.




Haaa. Nampak tu. Patot ah tak boleh guna law physics aku tadi sebab bahagian yang menyumbat tersumbat tu punya lah panjang. The whole kaki punya plug charger tu kau kepit yer lubang.




Tadaaa!! Fefeeling dia macam dapat cabut gigi. Ahaha. Misi berjayaa! Ngeee. Ni the real devil namanyam
Aku menyuarakan keinginan untuk belajar membaiki kereta pulak. Hahaha

Mom gave this weird look ㅡ ○_○ hahahah. Ye la kalau repair motor boleh blah lagik. Kahkah. Lepas tu dia cerita lah pulak pengalaman dia repair motor lejang ape lejang entah masa zaman sekolah punya ujian. Haha. Orang dulu-dulu belajar hands on mana main teori-teori ni. Bahah.
Nak belajar sistem pempaipan pulak. Hahaha. Tinggi betul cita-cita. Felamak. Padahal berjaya cabut skru dan keluarkan benda yang tersekat je pun. Haha eh tak nak ah jadi gagah sangat itu ini boleh buat, nanti tak dapat lah iols memanjamanja dengan laki iolss. Hahaha. Gila apa? Buatnya laki aku tak pandai buat, aku pun tak pandai repair-repair ni. Haprak semuanya. Beli extension baru lah gayanya. Kalau aku reti buat pun aku boleh je berlakon tak pandai. Manja giteww. Haha choy cincauu.

Dah dah. Aku rasa bersepai typo dalam ni. Malas nak baca balik. Hahaha.

Wisdom words untuk harini sebab kejadian semalam - Manusia selalu cari solusi tanpa memikirkan alternatif. Sampai dia stuck dekat satu solusi tu dan menyerah. Padahal alternatif tu bukak banyak lagi pintu kepada kejayaan.
Fuh felamak mak enon berwisdom. Bahaa.
Dah dah. Bye :)

ㅡㅡ shit happens. Dua hari dah aku mimpi aku kena peluk dengan lelaki tah sapaaa-sapaaaa!! Drama pulak tu. Lepas tu aku akan terjaga sebab Azan Subuh. Oh terima kasih syaitonnn sebab kejutkan aku awal pagi dengan jelmaan mu itu. Main peluk-peluk bukan mahram pehal? Bagus bagus. Menjelma awal lagi, kejutlah aku time Qiam. Subuh watpee. Dah biasa bangun. Kahkahkah. K.
Tapi semalam aku tertidur dengan laptop terbuka, tak sempat amik wudhu baca doa semua. Haha. Tapi tak semestinya syaitan kan yang kejut. Siapakah lelaki ituu? Sereeemm banget donk. Haha.

* Panjangnyaaa entryy! :O

No comments:

Post a Comment

Nak pinjam lipstick !