Sunday 17 August 2014

Kanak-kanak.

Kalau suruh recall balik zaman budak-budak dulu, serius dua puluh peratus je mungkin aku boleh ingat. Tak banyak. Aku duduk dengan wan masa kecil, rumah wan pun rumah satu-satu. Rumah yang tak ada jiran.Rumah kampung. Aku pun kalau berkawan, kawan hanya di sekolah. Senang cerita, kawan hanya di sekolah dan bila kau balik rumah aktiviti dia lebih kurang sama setiap hari. Pergi ke kelas KAFA setiap Isnin sampai Rabu. Bawak bekal pergi kelas KAFA, walaupun dah makan tengah hari, buat bulatan, masing-masing makan bekal sendiri masa rehat waktu KAFA. Yang paling aku ingat, wan tolong isikan nasi dengan ayam masak kicap.

Aku belajar dalam kuliah psikologi perkembangan kanak-kanak, kanak-kanak mula ada kawan baik masa umur dia tiga tahun, mungkin kalau ada attachment. Sebelum daripada umur tu, mungkin hanya imaginary friend atau kawan untuk bermain.

Dan aku tak ada pengalaman tu. Dan aku tak ingat.

Tapi apa yang aku ingat.

Aku pernah main tengah panas sorang-sorang. Sambil pegang mempelam yang dah habis dikemam dan dah kering dah pun. Aku belah biji ( aku tak tahu apa, rangka kot? Haha ) aku keluarkan biji putih dia yang kalau digigit tu rasa dia kelat. Aku tanam depan rumah Wan. Dengan harapan, pokok mempelam akan tumbuh. Tapi aku paling ingat aku cakap yang aku tak boleh tanam dekat sangat nanti akar dia boleh runtuhkan rumah. Haha. Logik apa ni? Ke memang betul? Kahkah.

Still tak tumbuh pun sampai rumah dah renovate baru.

Yeap. This is me. Aku memang start daripada being alone. Dan aku sangat biasa hidup macam tu. Telefon tak masuk notification tak ada pulak aku hidup gelabah macam apa, mengadu sunyi bagai.
Tapi tak bermakna aku benci bersosial. Aku ada je kawan-kawan. Tapi ye lah, aku suka sendiri dan alter ego aku seorang yang kepoh, banyak mulut tak kira masa bila kena dengan orang dan tempatnya. Sampai kalau aku cerita dekat kawan aku macam mana senyap aku dekat rumah, dengan saudara-mara, sumpah bulat mata dia nak percaya. Kena gelak lagi lah ada. Heh.
Karakter kadang-kadang berubah ye kawan-kawan.

Being alone doesnt mean you are lonely.
It means free.

For two years ( matriculation + 1st university year ) aku barely dapat privasi ( tak bermaksud aku benci ) and apa salahnya hidup sendiri dengan privasi kan?




Dan aku tak pernah pun mengalami depresi dengan kesepian ni. Ahah.

-- Skema badak.

No comments:

Post a Comment

Nak pinjam lipstick !