Sunday 17 August 2014

Isnin Berdarah

Haha. Hamboi, tajuk. Gothic betul. Lol
Macam biasa, hari yang langsung tak produktif untuk aku dan hari yang sangat tidak best sebab kepala otak aku mabuk tak kena tempat. Haiz. Semua benda tak kena.
To get thing straight, saja nak kongsi pasal cerita Bloody Monday yang aku baru habis tengok, okay memang dah hampir tujuh lapan kali jugak lah kot aku dah tengok drama tu tapi ye lah, hati ni mana sama setiap kali aku tengok drama tu. Tujuh lapan kali yang aku tengok tu dalam masa berapa tahun entah, empat lima tahun juga. Empat lima tahun tu pun dah cukup untuk buat aku jadi matang dan berfikir benda lain tentang cerita tu selain daripada aku duk terpaku tengok Fujimaru Falcon tu laju menekan keyboard. Haha.

Bloody Monday ni ha cerita Jepun pasal sekumpulan pengganas ni nak lahirkan balik Jepun menjadi negara baru. Macam kalau dalam season satu, dorang guna virus untuk sebarkan penyakit, dan dorang nak jadi Tuhan. Maksudnya yang mengawal hidup mati orang lain. Kalau dalam season dua dorang guna nuklear bomb.

Anyway, tak ada lah nak share apa pun jauh sekali aku nak buat review cerita lama macam tu. Haha. Okay beza empat lima tahun yang aku cakap dekat atas tu adalah, dulu aku tengok cerita tu pun macam ye lah, amenda lah terrorist ni. Kau tak ada benda lain ke nak buat?
Tapi kan sekarang aku faham di mana logik pemikiran mereka.

Atau cakap kosongnya lebih kurang macam ni;

Kalau lah dorang tu betul-betul wujud, aku rasa aku orang akan join dorang dalam melahirkan semula dunia. Haha. Aku lah kot antara terorrist tu. Kalauuu ada.

Sebab apa?

Dunia ni dah terlalu bising dengan carut marut, maki, dengki, semua orang nak tunjuk pandai semua orang nak tunjuk kuasa, semua orang nak tunjuk hujah yang dorang hanya baca di Muka Buku dan Twitter, semua orang nak tunjuk pandai dengan membaca di Google walhal benda tu satu hapa pun kau tak tahu betul atau tidak, jejak library pun tak pernah, atau lebih kata lain, dimanipulasi dan memanipulasi. Orang bodoh pun boleh cakap pasal hadis, orang belajar dan pandai hadis pun boleh kena lanyak dengan orang bodoh? Haha. Lawak. Ilmu Google di dada.

Politikus yang macam tahik, isu agama yang dibuat barah dalam masyarakat. Politik yang diagung-agungkan macam lah Tuhan itu mendatangkan manusia dengan fitrah politik. Hey, manusia datang dengan agama.

Dan alangkah indah dunia ini bila semua makhluk macam ni terhapus, dan lahir generasi baru yang, yes macam biasa-biasa saja. Suci.

World Reformation.

Tak. Ini bukan New World Order rencana Yahudi.

Tapi, aku sedar.

Bullshit semuanya. Sembang boleh lah. Macam lah dunia ni tak ada hukum Tuhan. Macam lah kau boleh ikut hati perut kau untuk menggantikan dunia. Manusia macam aku masih punya agama.

Ya - Nama pun dunia.

Takkan pernah terlepas dengan benda negatif.

Suci ? Boleh jalann. Asalkan namanya dunia, mana ada benda yang suci. Benda yang kau lahap pun pengakhirannya jadi najis jugak.

Kerana pengakhiran untuk hidup - akhirat.

Dekat sana, tataplah, hiruplah segala nikmat lebih daripada World Reformation kerana tiada lagi manusia yang nak hasad dengan hidup orang sebab semua orang sibuk.

Masuk ke Syurga, terlalu sibuk untuk menghargai dan merasai segala nikmat yang ada ;
Jahanam ke Neraka, terlalu sibuk untuk meratapi dan merasai segala azab yang tersedia.

Sibuk sampai tak payah nak menyibuk dengan hal politikus yang menyebabkan orang atas menikus, orang di bawah menyinga tak tentu arah, tunggu masa untuk membaham sesiapa sahaja yang tidak sefikrah, tikus yang bersembunyi di sebalik singa. Ada kuasa boleh lah cakap, puuihh. Akhirnya di bawah juga yang menjadi perisai. Poket tebal sampai rabak seluar, tak apa boleh ganti seluar baru berjenama. Tapi singa ? Ya, poket kering sampai rabak seluar, puas bercakaran.

Tapi kalau mengikut drama tersebut, World Reformation sebenarnya bukan satu penyelesaian.

Kerana Tuhan bukan hanya merencana hidup mati seseorang.

Lebih daripada itu kerja Tuhan.

Nasib lah manusia ni ada satu mulut sahaja.
Bayangkan kalau bilangan mulut manusia sama seperti anggota lengkap tangan, ataupun kaki, malah lebih teruk jari-jemari yang normal. Jam ini, mulut kanan bilang perkara lain. Jam itu, mulut kiri bilang perkara lain.

Bising ! Sumpah bising !

Cakap benda baik, manusia penat juga. Cakap benda buruk, manusia penat jugak.

Ya. Nasiblah manusia ada satu pasang telinga sahaja.

Itu kerja Tuhan. Lebih besar daripada merancang kelahiran dan kematian.

Sampai tahap. Bisukan lah sebentar dunia.
Appreciate the silence.

Penat dengan segala bullshit yang ada?
Tunggu. Tunggu saja lah sampai dunia ni bertemu penghujungnya.
Tunggu sajalah diratakan dunia.



Kebahagiaan eternal.
Tak ada tikus, tak ada singa.
Yang hanya ada manusia.


---

Isu aku bukan lah politik semata. Tapi again, relate dengan cerita yang sama. Isu pengganas untuk mewujudkan dunia adalah kerana orang atasan juga. Pretty much dengan apa yang ada sekarang. Tak kisah lah, dalam atau luar negara. Isu yang sama. Penat. Lagi baik tulikan telinga. Tapi ye lah, aku pun dah cukup besar. Nanti dibilang tak peduli.

Tapi, still. Buat apa nak hidu bangkai kalau kau dah tahu bangkai tu busuk kan?

No comments:

Post a Comment

Nak pinjam lipstick !