Tuesday 15 July 2014

Price tag.

Untuk hak, ramai nyawa terkorban. Harga yang perlu dibayar untuk keadilan. Padahal adil dan hak itu sepatutnya datang percuma.
Perang bertambah teruk. Almost 200 nyawa terkorban, beribu kecederaan. Tak sampai seminit lepas 9 orang rakyat Palestin ditangkap. Terfikir apa akan jadi kepada mereka yang belum syahid, dengan segala kecederaan, kehilangan anggota badan, macam mana nak terus hidup?

Aku tak harap Hamas akan berundur, tapi sedih, tersangat sedih tengok makin ganas penjajah menyerang.
Harga. Yeap. Itu harga yang patut Hamas dan penduduk Gaza bayar untuk tuntut hak mereka yang telah dicabul rakus.
Kalau mereka bersetuju nyawa sebagai galang ganti untuk tanah dan agama, mengapa perlu berundur kan?



Kalau bom itu harganya kenapa tidak kan? Siapa yang mula dulu sejak berabad lama? Siapa yang dulu sangka dia Tuhan dunia? Bila cakap aman (baca: peace talk) dah tak tunjuk fungsi, buat apa nak tunggu lagi? Pesetujuan Hamas dan penduduk Gaza sendiri, untuk hak mereka, ada benda yang perlu dikorbankan meskipun nyawa diratah dengan bedilan bom. Kerana cakap dari hati dah tak boleh mendukung fungsi keamanan itu sendiri. Duduk meja bulat bermensyuarat atas nama kedamaian pun tak mampu nak buat dunia aman. Kenapa? Kerana masing-masing ada sifat rakus sendiri. Rakus untuk pertahankan agama, dan ada yang rakus untuk pertahankan dunia. Dunia yang bukan milik mereka, sejengkal tanah pun bukan milik mereka. Ya Allah, laknatMu atas mereka.

Jawapan yang aku dapat ialah Allah sebaik-baik penolong. Hidup mati mereka sebelum semasa selepas perang Allah dah atur, dengan izinNya dan aku percaya yang Allah takkan bebankan hambaNya melebihi kemampuan mereka. Dan aku yakin mereka mampu, dan mereka sudah bersedia lama.
Mati syahid atau hidup mulia sahaja pilihan yang ada.
Dan akhirnya dunia hanya persinggahan, mati dengan kecederaan melampau di dunia, berbeza dengan hidup di akhirat sana.
Dunia ikut telunjuk kau pun dekat dunia, tak akan pernah Neraka mendengar bicara kau.

In the end, you gain some and you lose some. Kau mungkin dapat neraka di dunia, tapi Syurga di akhirat kekal sana dan sebaliknya.

Doa sentiasa mengiringi brigade-brigade Islam. Tadi baru kawasan roket Al-Quds kena bom. Allahu. Allahuakbar. Moga mereka tabah dan terus kuat demi Islam. Sesungguhnya Allah tak pernah leka dan lalai atas usaha-usaha brigade ini.
Kalau Allah nak terbalikkan bumi tanah terjajah tu boleh je dalam sekelip mata, boleh je Allah nak hapuskan mereka sekelip mata tapi Allah lebih mengetahui. Tiada pengorbanan, tiada lah syahid untuk mereka yang impikannya. Tapi pasti, janji Allah itu pasti yang Dia akan menghancurkan mereka.



Semoga terus kuat brigade al-Qassam, al-quds, dan semuanya!


ㅡ Kalau tak ada iman, aku rasa nak maki-maki je! Tapi untuk apa emosi? Orang buta mata hati takkan pernah mengerti.

ㅡ Berhenti lah mengeluh betapa susanya hidup kerana ada mereka yang lebih tenang dalam kacau kerana mereka percaya bahagia akhirnya kembali.

ㅡ Kalau betul lah Fatah sudah bersatu dengan Hamas, Alhamdulillah. Harap jadi kenyataan dan telus tanpa sebarang perancangan di belakang T.T

ㅡ Tak larat dah menangis fikir pasal rakyat sana dengan kekejaman yang jadi. Sedih sebab tak boleh nak bantu apa. Kalau lah boleh aku nak pergi sana, bukan untuk angkat senjata tapi nak peluk semua mereka dan bagi kata-kata dari hati. Macam mana lah kita kat sini boleh bergelak ketawa lagi. Betul kita tak boleh nak buat apa, menangis pun tak ubah apa-apa, betul. Tapi sampai hati ke? :'(

===

Salam Nuzul Quran. Semoga kita beroleh syafaat dari kalam cinta Allah itu :)

No comments:

Post a Comment

Nak pinjam lipstick !